Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan Perdana Menteri pada Sabtu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjanjikan sesuatu buat semua rakyat.
Orang awam yang ditemui rata-rata berpuas hati dengan manifesto yang merupakan Aku Janji yang akan dilaksanakan pemimpin BN sekiranya mendapat kembali mandat rakyat untuk memerintah semula negara selepas PRU14.
Pengawal keselamatan Zamzuri Yahya, 64 tahun, berpendapat manifesto itu bersifat menyeluruh dan menjanjikan sesuatu bagi setiap golongan penduduk.
"Kita tahu BN sememangnya mengambil berat akan kesejahteraan rakyat negara ini apabila tiada golongan yang dipinggirkan.
"Pada saya, keprihatinan BN untuk membuka peluang kepada pesara kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia memberi peluang kepada golongan muda khususnya untuk membeli dan memiliki rumah sendiri," katanya yang bekerja di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Terkok, Sungai Siput.
Manakala bagi generasi kedua FELDA, Rohani Ismail, 53 tahun, BN diharap boleh menyediakan 3 juta peluang pekerjan seperti dalam manifesto agar boleh membantu rakyat, lantaran ramai graduan universiti dan kolej yang menganggur sebab masa untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
"Mudah-mudahan ia boleh kurangkan buruh asing seperti yang dijanjikan kerana mereka bukan mendatangkan kebaikan sangat. Banyak yang buruk dan mahu monopoli negara kita, terutamanya dalam sektor pekerjaan.
"Yang paling seronok dengar bila Datuk Seri Najib Razak umum nak naikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Sekarang bajet harian dah tinggi, jadi kita memang perlukan duit untuk perbelanjan harian termasuk belanja sekolah anak,” kata suri rumah itu.
Selain itu, lampu jalan di Felda juga perlu ditambah kerana banyak tempat masih gelap, contohnya di kawasan Felda Lasah, dan banyak kejadian kemalangan di kawasan tersebut, tambah beliau.
Sebagai seorang wanita berkerjaya, Veeraselvi Supramaniam, pegawai pengambilan di Jabil Circuit Sdn Bhd, beliau tertarik dengan manifesto untuk menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu-ibu hamil pulang sejam lebih awal.
"Ia dapat membantu meningkatkan produktiviti kerana waktu bekerja telah disingkatkan.
"Ia dapat mengurangkan tahap tekanan khususnya bagi wanita hamil yang sudah berada dalam tahap akhir kandungan.
"Bagi saya, tindakan kerajan mengutamakan ibu hamil adalah wajar kerana wanita merupakan sumbangan terbesar di dalam sesebuah organisasi dan turut memegang jawatan penting selain menjadi isteri dan ibu setelah pulang ke rumah," katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Apr 08 2018
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Axiata Arena Bukit Jalil, Sabtu lalu. - Foto BERNAMA
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.