KUALA LUMPUR:Senario politik negara yang tidak menentu meskipun ketika negara masih diancam COVID-19 membuatkan rakyat muak dengan sikap ahli politik di Malaysia.
Mereka sewajarnya mengutamakan rakyat dan bukannya sibuk menukar kerajaan ketika kes positif COVID-19 berterusan merekodkan tiga angka kes saban hari.
Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata tumpuan rakyat kini lebih terarah kepada pandemik bukannya politik negara yang bermacam-macam kisahnya.
"Jika kaitkan keadaan rakyat ketika ini dengan situasi politik, ya saya sangat setuju rakyat sangat-sangat muak dengan politik negara yang tidak menentu.
"Sepatutnya keutamaan ahli politik ketika ini bukanlah untuk menukar kerajaan, tetapi sepatutnya mereka memikirkan bagaimana untuk mengurus tekanan dihadapi rakyat ke arah sifar COVID-19," kata Abqaree.
Justeru, dia berharap semua ahli politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang berhenti berpolitik dan memberi tumpuan penuh melawan COVID-19.
"Anak muda ketika ini melihat sesuatu yang tidak sihat dipertontonkan dari sudut pandangan politik negara.
"Ini kerana sepatutnya ahli politik yang kita pilih, yang telah mendapat mandat rakyat, sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat," kata Abqaree lagi.
Tegasnya, masalah dihadapi negara ketika ini benar-benar serius dan kerajaan perlu menanganinya dengan bijak.
Astro Awani
Sun Oct 18 2020
ABQAREE: Sepatutnya keutamaan ahli politik ketika ini bukanlah untuk menukar kerajaan, tetapi sepatutnya mereka memikirkan bagaimana untuk mengurus tekanan dihadapi rakyat ke arah sifar COVID-19. -Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Rampas kuasa punca keruntuhan demokrasi - Majlis Belia Sabah
Jelas Abqaree, meskipun tindakan mengumpul akuan bersumpah daripada ADUN dibolehkan oleh perlembagaan, namun ia bertentangan kehendak pengundi yang mahu kerajaan kekal sehingga habis penggal.
Bajet 2023: Perkasa ekonomi atasi isu pengangguran Sabah - Majlis Belia
Bajet 2023 diharap dapat memperkenalkan pelbagai inisiatif pemerkasaan ekonomi di Sabah yang seterusnya mampu mengatasi isu pengangguran terutama dalam kalangan belia di negeri ini.
Ketua Menteri Sabah santuni belia ke tayangan 'Mat Kilau'
Beliau yang tiba pada pukul 8.30 malam sebelum tayangan bermula disambut meriah oleh anak-anak muda yang turut hadir.
'Rakyat muak dengan sikap ahli politik' - Abqaree gesa tumpu perangi COVID-19
Tumpuan rakyat kini lebih terarah kepada pandemik bukannya politik negara yang bermacam-macam kisahnya.