Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Sabah tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti, kata Pengerusi dan Ketua Penyelaras Putra negeri Jeffrus Maimin Rijan.
Menurutnya walaupun ada pemimpin bahagian yang sedia bertanding, namun mesyuarat perhubungan parti berkenaan yang diadakan semalam di Kota Kinabalu dengan dihadiri oleh 18 ketua bahagian, telah memutuskan perkara itu demi strategi masa depan Putra Sabah.
"Bertanding adalah untuk menang dan bukan untuk kalah. Untuk menang mesti cukup syarat-syaratnya. Bertanding sekadar menguji pengaruh bukanlah langkah yang bijak.
"Ia memberi impak yang tidak baik dari segi persepsi rakyat, manakala kekalahan adalah kerana persediaan yang belum mantap untuk sebuah parti yang baharu lahir," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya Putra Sabah turut mengambil ketetapan untuk bersikap berkecuali serta tidak akan menyokong parti politik yang bertanding, selain pimpinan Putra juga tidak dibenarkan menggunakan nama dan jawatan dalam parti itu untuk membantu kempen mana-mana calon pada PRN itu nanti.
Beliau berkata Putra Sabah seiring dengan Putra Pusat iaitu untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan penubuhan struktur organisasi Putra peringkat bahagian, cawangan dan sayap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020

Pimpinan Putra juga tidak dibenarkan menggunakan nama dan jawatan dalam parti itu untuk membantu kempen mana-mana calon pada PRN itu nanti. - Gambar fail.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Hukuman zalim, tidak masuk akal, Tun Faisal rayu penggantungan dibatalkan
Beliau berkata Lembaga Disiplin parti terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan secara adil fakta dan konteks sebenar kenyataannya.

IPD bermasalah: 30 peratus anggota ada masalah integriti serius - Ayob Khan
Lebih 30 peratus anggota di empat buah balai polis dan satu bahagian di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Johor, dikenal pasti mempunyai masalah rekod integriti lampau yang serius.

Warisan ke Semenanjung bukan untuk berlawan dengan sesiapa - Shafie Apdal
Warisan turut akan membuka cawangan atau bahagian di kawasan lain yang tiada masyarakat Sabah tetapi mempunyai permintaan.

Timbalan Ketua Bahagian, 22 AJK Bersatu Langkawi umum keluar parti
Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Langkawi.

Putra tidak bertanding PRN Sabah
Walaupun ada pemimpin bahagian yang sedia bertanding, namun mesyuarat perhubungan parti berkenaan semalam memutuskan perkara itu demi strategi masa depan Putra Sabah.

Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam
Mereka mendakwa Lokman sebagai ahli dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah melanggar disiplin parti.

Sistem Satu Ahli Satu Undi hanya di pemilihan cawangan, bahagian - Mukhriz
Mukhriz menjelaskan sistem SASU dilihat tidak pratikal digunakan bagi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Keluar daripada zon selesa jika mahu menang PRU14 - Zahid Hamidi
Semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian hingga ke akar umbi diingatkan agar keluar daripada zon selesa dan tidak bermegah dengan jawatan yang mereka sandang jika mahu memenangi PRU14.

TPM tiba di Kuala Terengganu untuk rasmi tiga persidangan perwakilan bahagian UMNO
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.