Beliau yang menjadi calon buat pertama kali di DUN berkenaan memperoleh 5,634 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi MCA Lipis, Ho Fong Mee yang mendapat 4,411 undi, Rashid Mohamad dari Pakatan Harapan (2,255) dan Aishaton Abu Bakar dari Pejuang (81).
Namun begitu, kerusi Parlimen Lipis kekal milik BN apabila penyandangnya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menang dengan majoriti besar 6,118 setelah memperoleh 17,672 undi.
Beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Lipis berjaya menewaskan pencabar dari parti Perikatan Nasional (PN) iaitu Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang memperoleh 11,554 undi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH) (6,366) serta Aishaton Abu Bakar (Pejuang) (263).
Di DUN Padang Tengku pula, Datuk Mustapa Long yang merupakan penyandang kerusi berkenaan berjaya memperoleh 7,198 undi sekali gus mengalahkan calon Mohd Rostam Mustapha dari Pejuang (176), Ruzi @ Nata Yusoff (PH) (1,203), Muhamad Khaider Kamil (PN) (6,691).
Sementara itu, di DUN Benta pula, calon berpengalaman, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak berjaya mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ke enam dengan majoriti undi 1,521.
Mohd Soffi memperoleh 3,948 undi dengan menewaskan dua calon lain iaitu Rizal Jamin dari PH yang memperoleh 2,427 dan Nor Alias Ibrahim dari PN yang memperoleh 1, 814 undi.
Pengumuman rasmi keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim jam 12.50 tengah malam.