KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga pengundi meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata dua kematian berlaku di Johor manakala satu di Kelantan.

"Tiga kejadian yang agak mendukacitakan yang mana pengundi ini ada masalah kesihatan dan meninggal dunia masa beratur untuk mengundi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

BACA: Dua individu meninggal dunia di pusat mengundi

DAPATKAN KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAN RASMI PRU15 DI SINI

Acryl Sani berkata semasa proses pengundian hari ini, terdapat satu insiden terpencil melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun, yang juga pesakit mental, bertindak di luar kawalan dengan merampas sebotol dakwat dan menolak jatuh peti undi di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor.

Mengenai kejadian di Johor, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri dalam kenyataan menjelaskan kedua-duanya adalah warga emas berusia 85 tahun yang meninggal dunia, masing-masing di pusat mengundi Parlimen Sembrong dan Parlimen Pulai, pagi tadi.



PRU-POLIS (KEMATIAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR



Menurut SPR, Sh Juhara Syed Mohamad meninggal dunia pada 9.30 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.

"(Pengundi) didapati mengalami kematian mengejut selepas mengundi dan mengalami sesak nafas.

"Pengundi tersebut didapati hadir ke saluran dalam keadaan tidak sihat hasil pemerhatian petugas saluran tetapi ingin meneruskan pengundian," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Tuminah Ambiah pula meninggal dunia secara mengejut pada 10.21 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lit Terk, Kluang.

"Warga emas itu meninggal dunia secara mengejut sebelum mengundi dan kematiannya disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di tempat kejadian," menurut SPR Johor.

-- BERNAMA