Merujuk kepada paparan perbualan aplikasi ‘Whatsapp’ yang disebarkan akaun @aponakdikato, Khairy berkata, beliau juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan lanjut diambil.
Katanya lagi, paparan perbualan yang mendakwa seolah-olah beliau telah mengarahkan agar pihak tertentu untuk memastikan kekalahan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rembau, adalah palsu.
“Fake. Tak perlu sebar fitnah black ops, “source: trust me bro” macam ini. Laporan polis dan SKMM akan dibuat, termasuk terhadap akaun Dr Bigger Balls (@apanakdikato) ini.
“Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus kepada #KitaJagaSungaiBuloh,” katanya lagi.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati perkongsian paparan perbualan oleh akaun itu telah dipadam, selepas ia menerima ribuan perkongsian semula oleh pengguna Twitter.
Bagaimanapun, rekod tangkap layar menunjukkan perbualan antara dua individu, termasuk seseorang yang menggunakan identiti Khairy sebagai “Bro KJ” mengarahkan seorang lagi individu untuk memecahkan undi, selain dijanjikan jawatan Setiausaha Politik sekiranya misi itu berjaya.