TAIPING: Penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Beliau berkata rundingan telah diadakan di peringkat pimpinan khususnya bersama Pas dan Bersatu bagi mengekalkan penyandang kerusi sedia ada untuk bertanding kali ini.
"Semalam, saya telah berbincang panjang lebar dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau menyatakan kesemua penyandang sama ada dari Bersatu, Pas dan komponen Perikatan Nasional (PN) akan ditawarkan bertanding semula.
"Oleh itu, saya telah nyatakan kepada beliau (Muhyiddin) bahawa saya bersedia sekali lagi untuk mempertahankan kerusi Bukit Gantang pada PRU15 kelak," katanya yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.
Pada PRU14, Syed Abu Hussin bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 4,089 undi menewaskan calon PKR Khadri Khalid dan Datuk Idris Ahmad dari PAS.
Syed Abu Hussin kemudian mengumumkan keluar dari UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 27 Jun 2018 dan kemudian menyertai Bersatu pada 6 Jun 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal selepas sidang media mengenai beliau yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi itu di Bukit Gantang hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PRU15: PN yakin sapu bersih empat kerusi di Bukit Gantang
PN juga mampu memperoleh lebih banyak undi berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan menyasarkan lebih 30,000 undi dalam PRU15 di kerusi Parlimen.

PRU15: Syed Abu Hussin sedia pertahan kerusi Bukit Gantang
Penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

PRU15: Pas bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang - Idris Ahmad
Pas akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad.