Katanya, dalam tempoh itu, rakyat dibiarkan dalam kesusahan dan buktinya dapat dilihat ketika banjir besar pada akhir tahun lalu.
“Sepang ada wakil rakyat ke? Kami pun tak perasan kami ada wakil rakyat sebab dua penggal yang lalu kami diwakili daripada PH. Tak ingat siapa.
“Di Sepang ini rakyat tak rasa dua penggal ada wakil rakyat. Terlalu banyak isu yang telah ditinghalkan oleh mp berkenaan. Termasuk paling besar ialah isu banjir tahun lalu di mana mp hilang dari radar . Hanya BN dan UMNO yang bantu,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Mengakui dirinya sebagai calon underdog, Anuar bagaimanapun yakin sudah memasuki semua kawasan pengundi di Sepang.
“Selaku calon underdog kami mengira dari belakang. Jadi saya tak pasti kami sudah berada di depan ke belum, tetapi yang pasti saya berkeyakinan tinggi bahawa BN akan kembali jadi pilihan pengundi Sepang,” ujar beliau.
Dalam pada itu katanya, beliau berhasrat membangunkan modal insan di kalangan anak muda Sepang.
“Sudah dua penggal tetapi ahli parlimen lalu gagal tangani isu pembangunan manusia dan mereka yang berumur 18 tahun dari pelbagai aspek termasuk pendidikan.
“Ini serius dan perlu diambil perhatian sebab ahli parlimen lalu gagal di Sepang,” tegasnya.