Dakwanya, berdasarkan pemantauannya sehingga jam 11.30 pagi, ramai pengundi mengadu terpaksa beratur sekitar dua jam seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam dan SK Sri Klebang.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.
"Secara umumnya, saya melihat banyak orang mula keluar sebelah pagi kerana khuatir sebelah petang diketahui hujan.
"Cumanya saya melihat ada beberapa kelemahan di peringkat SPR. Sangat perlahan proses memasukkan pengundi ke pusat pengundian... agak perlahan. Saya minta SPR berusaha untuk memperbaiki keadaan. Saya khuatir khususnya macam Saluran 1 yang kebanyakannya digunakan untuk mereka yang berumur," ujarnya.
Beliau ditemui ketika meninjau proses pengundian di SK Seri Klebang, pada Sabtu.
Sementara itu beberapa warga emas yang ditemui mengakui mereka terpaksa beratur sejak jam 8.30 pagi tetapi masih tidak dapat mengundi sehingga jam 10.30 pagi.
Ada juga warga emas yang balik terlebih dahulu dan bercadang kembali semula di sebelah petang.