KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak masih terbuka untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain di negeri itu untuk pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata kelonggaran diberikan kepada komponen parti iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk berunding bersama parti lain sebagai strategi menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Untuk itu, PH Sarawak telah bersetuju untuk kekal dengan pembahagian kerusi antara komponen parti berdasarkan pembahagian sama semasa PRU14 pada tahun 2018.
“Kami telah bersetuju dengan pembahagian kerusi yang akan ditandingi kelak. Tetapi antara kerusi yang telah dibahagikan kepada komponen parti masing-masing itu, kami membenarkan mereka untuk berunding pembahagian kerusi bersama parti selain GPS sama ada untuk menyerahkan mana-mana kerusi jadi mereka tidak perlu merujuk PH semula untuk menentukan.
“Maksudnya kita berikan kelonggaran kepada komponen parti PH untuk berunding sendiri bagi kerusi yang telah dibahagikan sesama kami,” katanya selepas mempengerusikan satu mesyuarat PH Sarawak di ibu pejabat DAP Sarawak dekat sini pada Jumaat.
Pada PRU14, di Sarawak DAP telah memenangi enam daripada sembilan kerusi yang ditandingi, sementara PKR menang empat daripada 15 kerusi ditandingi, manakala Amanah kalah di semua enam kerusi ditandingi.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Stampin itu menambah kerusi penyandang adalah kerusi yang tidak boleh dirunding untuk diserah kepada parti lain sekali gus memberi bayangan bahawa mereka akan mempertahankan kerusi masing-masing di PRU15 kelak.
“Jadi kerusi penyandang adalah tidak boleh dirunding kerana sedia maklum dalam mana-mana pilihan raya, penyandang sememangnya mempunyai kelebihan atau nilai tambah di kawasannya.
“Bagi saya apa yang penting ialah untuk kami bersatu demi menyelesaikan urusan yang belum selesai iaitu melakukan reformasi kepada negara kita, itulah matlamat kita,” tambahnya.
Untuk makluman, parti pembangkang kini memegang 10 daripada keseluruhan 31 kerusi parlimen Sarawak.
Ia termasuk enam kerusi DAP, satu PKR, satu Parti Sarawak Bersatu (PSB), satu Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan satu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Fadilah Sulaiman
Fri Sep 02 2022
![PRU15: PH Sarawak masih terbuka rundingan kerusi bersama parti selain GPS PRU15: PH Sarawak masih terbuka rundingan kerusi bersama parti selain GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662110728_PHSarawak.jpg)
Chong Chieng Jen (tengah) menjelaskan PH Sarawak akan mengekalkan pembahagian kerusi sama seperti PRU14 namun setiap komponen dibenarkan berunding dengan parti lain selain komponen GPS. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718962455_MohdAziziAbuNaim.jpg)
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
![Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713739685_tbTajuddinAbdulRah.jpg)
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
![Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711342665_TBFAUZIAHSALLEH.jpg)
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
![Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709122499_TBMasErmieyati.jpg)
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702283302_TBWanJunaidi.jpg)
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
![Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703405239_AMANAH.jpg)
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
![Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703242803_MasErmieyati.jpg)
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
![Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701070624_TBMAHKAMAHjpg.jpg)
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
![Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700910911_TBAHMADFAYSAL.jpg)
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
![PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700753762_AnwarIbrahim.jpg)
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.