Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ahli yang melanggar arahan parti dengan bertanding atas tiket parti lain secara automatik gugur keahliannya.
"Dalam perlembagaan Pas, sesiapa yang tak ikut arahan parti sama ada suruh bertanding atau tidak boleh bertanding, kalau disuruh bertanding atas tiket Pas dia tak nak bertanding, itu pun satu pelanggaran.
"Tak boleh bertanding atas parti lain, kalau dia buat (menjadi) satu kesalahan.
"Sebagai contoh, bekas ADUN kita di Bukit Pasir. Dia jadi ADUN Pas 2018, apabila 2021 PRN Johor, dia bertanding atas tiket Bebas.
"Kita ambil tindakan pecat, dia secara automatik dipecat," kata Takiyuddin.
Ingatan itu disuarakan beliau selepas tersebar khabar angin mendakwa penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi bakal bertanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan di antara beliau dan calon BN bagi Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Rosmadi Ismail, Takiyuddin menyifatkan saingan dan laluannya bukan mudah memandangkan Rosmadi mempunyai kekuatan sendiri.
Beliau bagaimanapun mengalukan-alukan kehadiran Rosmadi untuk menyainginya di kerusi yang disandangnya sejak tiga penggal lalu.