KUALA LUMPUR: Kegagalan sebahagian Ahli Parlimen sebelum ini untuk menguasai bahasa Melayu dengan fasih ketika membahas isu-isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, pernah menjadi perdebatan hangat dan dipersoalkan banyak pihak.
Ini memandangkan ia bukan sahaja merupakan bahasa kebangsaan negara, tetapi juga menjadi bahasa rasmi di Dewan Rakyat sepertimana dinyatakan dengan jelas di bawah Peraturan Mesyuarat 8 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Selain ia juga merupakan 'pembawa' kepada suara-suara rakyat dalam pelbagai isu di sesuatu kawasan Parlimen untuk diambil perhatian di peringkat atasan.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, terdapat pandangan pakar bahasa dan penganalisis politik yang mahukan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat menguasai sebaiknya bahasa ibunda itu supaya situasi sama di Dewan Rakyat sebelum ini tidak berulang.
Mengulas mengenainya, pakar bahasa Melayu, Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, penguasaan bahasa Melayu yang baik bukan sahaja memberi kelebihan kepada pemimpin untuk mudah berkomunikasi malah lebih penting dapat menyampaikan dasar dan agenda kerajaan dengan tepat kepada rakyat.
"Bagi saya, apabila ada wakil parti (politik) yang dilantik sebagai pemimpin tidak boleh berbahasa Melayu, itu bukan isu politik tetapi isu negara kerana kita kena ingat bahawa bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu, tetapi bahasa kebangsaan," katanya kepada Bernama.
Beliau yang merupakan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, penguasaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan calon bukan sahaja memudahkan komunikasi dengan masyarakat setempat, tetapi juga mendaulatkan bahasa tersebut.
Malah, ini juga selari dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu penggunaan bahasa rasmi dalam setiap urusan rasmi negara termasuk persidangan antarabangsa.
Keputusan Perdana Menteri itu juga sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, dengan kementerian dan agensi kerajaan perlu menjadi contoh terbaik dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan.
"Bagi saya, kita perlu sokong apabila ada parti politik terutamanya yang bukan dalam kalangan kaum Melayu yang mahu memartabatkan bahasa Melayu dengan memilih calon yang benar-benar fasih berbahasa kebangsaan. Malah, usaha seperti ini harus diperluaskan lagi kepada parti-parti politik lain," katanya.
Baru-baru ini, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengumumkan hanya mereka yang menguasai bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon parti itu pada PRU15.
Lau berkata, penguasaan bahasa Melayu adalah antara kriteria yang akan dipertimbangkan dalam pemilihan calon parti itu.
Pandangan sama turut disuarakan pensyarah kanan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi yang melihat penguasaan bahasa Melayu yang baik wajar menjadi prasyarat utama dalam pemilihan calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.
"Pendekatan itu tepat kerana kita mahu mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih efisien supaya tidak menimbulkan pemahaman bahasa dan budaya setempat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Kegagalan sebahagian Ahli Parlimen sebelum ini untuk menguasai bahasa Melayu dengan fasih ketika membahas isu-isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, pernah menjadi perdebatan hangat dan dipersoalkan banyak pihak. - Gambar fail BERNAMA
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.