KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan dia akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Nurul Izzah berkata dirinya secara peribadi mahu meneruskan khidmat kepada rakyat di Parlimen Permatang Pauh memandangkan ada beberapa perkara yang masih belum diselesaikannya.
"Kalau ikutkan hati, memanglah kita mahu menawarkan diri untuk mendapatkan 'kontrak' kerja lima tahun akan datang sebab saya masih ada beberapa projek yang masih berjalan.
"Jadi saya fikir (Permatang Pauh) menjadi pilihan yang paling ideal," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada majlis makan malam Social and Economic Research Initiative di sini, pada Selasa.
Namun begitu Nurul Izzah berkata, beliau akur dan menghormati sebarang keputusan pimpinan atasan PKR.
"Kita semua adalah 'askar' dan perlu akur kepada keputusan dan arahan," tambahnya.
Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.
Dia memperolehi 35,534 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).
Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982.
Umavathi Ramayah
Wed Sep 28 2022
![PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81527564647_NurulIzzah.jpg)
Nurul Izzah berkata dirinya secara peribadi mahu meneruskan khidmat kepada rakyat di Parlimen Permatang Pauh memandangkan ada beberapa perkara yang masih belum diselesaikannya. - Foto fail/Astro AWANI
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
![PRU15: Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali PRU15: Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668935623_NurulIzzahAnwar.jpg)
PRU15: Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali
"Inilah demokrasi yang sentiasa kita pertahankan dalam mana-mana pilihan raya."
![PRU15: Berakhirnya legasi kerusi keluarga Anwar di Permatang Pauh PRU15: Berakhirnya legasi kerusi keluarga Anwar di Permatang Pauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668890826_NurulIzzahAnwar.jpg)
PRU15: Berakhirnya legasi kerusi keluarga Anwar di Permatang Pauh
Kawasan Parlimen tersebut yang menjadi kubu kuat PKR sejak 1982 kini bertukar tangan kepada Pas yang bertanding atas tiket PN.
![PRU15: BN Permatang Pauh sedia lawan Nurul Izzah sekali lagi - Mohd Zaidi PRU15: BN Permatang Pauh sedia lawan Nurul Izzah sekali lagi - Mohd Zaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667209893_TBDatoZaidi.jpg)
PRU15: BN Permatang Pauh sedia lawan Nurul Izzah sekali lagi - Mohd Zaidi
Nurul Izzah Anwar diakui BN sebagai calon 'heavyweight' yang dipertaruhkan oleh Pakatan Harapan.
![PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81527564647_NurulIzzah.jpg)
PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan beliau akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15 nanti.
![Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618824091_NurulIzzah.jpg)
Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR
Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan parti untuk tentukan kedudukannya pada PRU15.
![Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496913648_CourtGavel.jpg)
Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi
Hakim juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi 15 Julai tahun lepas yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi pada PRK itu.
![UMNO Permatang Pauh kemuka dua nama calon kepada pucuk pimpinan UMNO Permatang Pauh kemuka dua nama calon kepada pucuk pimpinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/41428745014_295x200.jpg)
UMNO Permatang Pauh kemuka dua nama calon kepada pucuk pimpinan
UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menyerahkan dua nama calon kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan pada PRK 25 April ini.