Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan pada Rabu.
“MMKN yang bersidang pada hari ini telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November ini iaitu sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU15).
“Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 19 November ini,” katanya.
BACA: PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdahulu menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian manakala 15 November ini hari pengundian awal.