KUALA LUMPUR: Pada 19 November ini, rakyat akan memilih malim baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, dan dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemilih baharu terlibat pada pilihan raya umum kali ini.
Sekalipun tempoh rasmi berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini hanya akan bermula pada 5 November depan, iaitu selepas selesainya penamaan calon, ahli politik sebenarnya telah "saling berperang" sejak beberapa tahun lepas dengan media sosial menjadi antara platform utama bagi menyampaikan maklumat, baik tentang diri mereka ataupun pihak lawan, kepada masyarakat.
Menariknya PRU15 ini bakal menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi muda berusia 18 tahun ke atas, iaitu generasi Z yang lahir ketika era letusan teknologi maklumat (IT) serta membesar sebagai celik IT dan rata-rata adalah "pakar" media sosial, membuang undi buat pertama kali.
Menimbang senario tersebut, timbul persoalan tentang "kematangan" pengundi muda ini dalam membuat pilihan, terutama di tengah-tengah ledakan pelbagai maklumat termasuk cerita-cerita rekaan yang dilihat pemerhati mampu mempengaruhi trend undi generasi Z ini.
BERITA NEGATIF LEBIH MENARIK
Menurut pemerhati politik yang juga personaliti media sosial Tai Zee How, umumnya golongan ini banyak bergantung pada media sosial bagi mendapatkan maklumat.
"Pengguna media sosial ketika ini turut menunjukkan semakin ramai rakyat negara ini berminat dengan politik berbanding dahulu," ujarnya kepada Bernama.
Bagaimanapun kata Tai, rata-rata pengamal media sosial lebih tertarik kepada maklumat-maklumat bersifat negatif, iaitu hal-hal buruk, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan penyebaran berita palsu khususnya pada PRU ini.
Dari satu sudut katanya, kebergantungan pada media sosial dan sumber lain sebagai penyalur berita turut mencerminkan kematangan masyarakat kerana mereka tidak lagi menerima bulat-bulat maklumat yang disebar, khususnya jika diketahui sumber berita itu dikawal oleh pihak-pihak tertentu.
"Kematangan mereka boleh diukur berdasarkan pandangan serta maklumat yang mereka kongsikan dan ini boleh dijadikan panduan dalam menilai trend pengundian mereka," jelasnya.
Bagaimanapun kata beliau, tahap kematangan seseorang itu tidak sama kerana ada faktor lain yang mempengaruhi termasuk kedudukan sosioekonomi, kaum, umur, kawasan tempat tinggal, pekerjaan dan jantina mereka.
LAMBAKAN MAKLUMAT
Mengambil kira populariti media sosial dalam pilihan raya umum di beberapa negara sebelum ini, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) percaya senario serupa juga tidak terkecuali di negara ini.
Malah katanya penggunaan Internet secara meluas sebagai medium penyebaran maklumat sudah berlaku pada PRU13.
"... ketika PRU13, ia digelar pilihan raya media sosial kerana menggunakan sepenuhnya medium tersebut untuk menyalurkan maklumat.
"PRU14 pada 2018 pula lebih menjurus kepada 'Pilihan Raya Facebook' dan kali ini, dijangkakan Tik Tok yang berkonsepkan video berdurasi pendek digunakan secara meluas semua parti politik," kata penganalisis politik dan media sosial itu kepada Bernama.
"Gelombang Tik Tok tidak dapat dielakkan berikutan platform ini sedang meraih populariti tertinggi dalam pilihan raya di beberapa negara seperti Jerman, Colombia, Filipina dan Amerika Syarikat.
"Selain itu, ia juga dilihat sedang membentuk 'inkubator utama' bagi maklumat tidak berasas dan mengelirukan dalam banyak cara, berbanding Facebook dan Twitter yang (boleh) menjejaki kepalsuan dalam talian," katanya.
Bagaimanapun katanya penggunaan tidak wajar yang keterlaluan platform itu boleh memberikan kesan sebaliknya termasuk menimbulkan rasa "muak dan tidak percaya pengamal media sosial lain."
"Ini juga boleh meningkatkan pengundi atas pagar dan kita bimbang jika mereka mengambil keputusan tidak mengundi. Tidak kira apa platform pun yang digunakan, penyaluran maklumat haruslah beretika," tegasnya yang turut mengingatkan tentang kemunculan lasykar siber, khususnya untuk "menyerang" kredibiliti calon lawan.
CAKNA AGENDA
Bagi memastikan pilihan tepat, Felow Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir menasihati pengundi muda terutamanya agar tidak menerima begitu sahaja maklumat yang disebarkan melalui platform media sosial.
"Penting untuk khalayak muda tidak telan bulat-bulat setiap hantaran media sosial kerana ada dalam kalangan kandungan-kandungan tersebut membawa agenda tersendiri. Jika ditelan bulat-bulat, maka mereka akan mempercayainya dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan pengaruh kandungan media sosial itu," katanya.
Sebaliknya kata beliau, pengundi harus menimbang dan membuat semakan fakta termasuk meneliti laporan-laporan daripada sumber lain, khasnya yang dilaporkan oleh wartawan terlatih, bagi menentukan kesahihan berita.
Katanya mereka juga perlu ingat bahawa keputusan yang dibuat pada 19 November ini adalah untuk lima tahun akan datang.
"... bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan ketika PRU akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada kawasan dan calon yang mereka undi," ujarnya.
-- BERNAMA / Soon Li Wei
Bernama
Sat Oct 22 2022
PRU15 ini bakal menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi muda berusia 18 tahun ke atas, iaitu generasi Z yang lahir ketika era letusan teknologi maklumat (IT) serta membesar sebagai celik IT. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.