KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan Sabah berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan agihan kerusi melibatkan komponen itu.
Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon berkata, setakat ini ada beberapa perkara yang sedang diperhalusi sebelum calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) diumumkan.
Beliau memaklumkan, DAP secara peribadi akan bertanding lebih daripada tiga kerusi sekali gus mengekalkan tiga kerusi tradisi parti itu.
Ia adalah kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tenom.
"Kita sudang berbincang dan selesai secara amnya. Tetapi ada sedikit yang perlu kita muktamadkan dan perhalusi sebelum kita membuat pengumuman," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sambil meminta semua pihak bersabar sebelum PH Sabah akan mengumumkan calon, Frankie yang juga ADUN Tanjong Papat berkata, pengumuman calon DAP akan diumumkan serentak dengan calon PKR dan Amanah.
Dalam perkembangan sama, PH Sabah masih terbuka untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain seperti Parti Warisan.
Bagaimanapun, ujar beliau, perkara itu tidak boleh dipaksa dan optimis kerjasama itu tidak akan berhasil memandangkan Warisan mengumumkan bertanding solo di Sabah dengan meletakkan 25 calon parti tersebut. pada PRU15.
"Kita mahu bekerjasama demi Sabah dan masa depan Malaysia tetapi kita tidak boleh memaksa orang untuk bekerja dengan kita kalau mereka tidak mahu.
"Bagaimana mahu 'berkahwin' kalau orang itu tidak mahu bersama atau kahwin. Oleh itu kita bersedia dengan PRU15 dan melakukan yang terbaik seperti kehendak rakyat," katanya.
Pada PRU14, DAP menang tiga kerusi masing-masing di Parlimen Kota Kinabalu, Tenom dan Sandakan.
Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dua kerusi masing-masing di Parlimen Putatan dan Tawau.
Assim Hassan
Fri Oct 14 2022

Pakatan Harapan Sabah berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan agihan kerusi melibatkan komponen itu.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

PRU15: 'Kita tidak boleh paksa kalau Warisan tidak mahu bekerjasama' - DAP Sabah
Pakatan Harapan Sabah berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan agihan kerusi melibatkan komponen itu.

DAP Sabah persoal tindakan Speaker tolak usul bahas isu tuntutan waris Sultan Sulu
DAP Sabah mempersoalkan kewajaran alasan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya ketika menolak usul membahas dan membincangkan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.

PRU15: DAP tidak ikhlas bekerjasama dengan Warisan
Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata dalam menghadapi PRU15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama.

Segera adakan sesi libat urus tangani isu PTI Sabah - Chan Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, sesi tersebut perlu melibatkan semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu, tanpa mengira parti politik.

Dipinggirkan antara sebab ADUN Elopura tinggalkan DAP Sabah
Pernah dipinggirkan tiga kali daripada jawatankuasa DAP Sabah selain hampir tidak diberikan watikah pelantikan sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) dua tahun lalu.

PEMULIH: Ahli Parlimen DAP Sabah atur strategi, percepat bantuan bakul makanan
Pemimpin DAP Sabah akan mengambil langkah segera dalam mengenal pasti penerima dan mendapatkan bekalan makanan serta mengatur penghantar bakul makanan kepada penduduk di parlimen masing-masing.

Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan jumlah pengagihan kerusi di antara rakan sekutu dalam tempoh terdekat ini.

DAP Sabah tuntut Najib mohon maaf kritik ceramah DAP guna aset MPS
Beliau berkata tindakan Najib yang mendakwa ceramah DAP menggunakan aset Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan adalah tidak berasas.

DAP belum umum persiapan PRK Sandakan
Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, pihaknya kini memberi fokus kepada majlis pengebumian mendiang Stephen yang akan dikebumikan di daerah Sandakan.