Beliau berkata, ketika ini perbincangan masih lagi berjalan, namun ia hampir selesai.
"Kita (saya) tidak boleh hendak ulas lanjut kerana perbincangan sedang berlangsung.
"Kita sedia dengan pelbagai kemungkinan (tetapi) yang confirm (pasti) tidak libatkan PH," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini.
Kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini menjadi tumpuan media sejak tengah hari Ahad.
Ia bagi menantikan perkembangan pembentukan kerajaan baharu yang masih lagi tergantung.'
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.