Dalam hantaran di Facebooknya, beliau turut mendengar khabar angin mengenai calon yang disebut bakal bertanding sudah ‘dipancung’.
“Janji kononnya bakal dipilih adalah para WALI (WINNABLE, ACCEPTABLE and LIKEABLE) namun kedengaran sana sini banyak sudah 'winners' dipancung terutama yang dekat dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. Tapi itu rumours (khabar angin) yang tidak semestinya tidak berasas.
“Dijanjikan juga top 5 diberi kuasa merundingkan bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi yang berkuasa memilihnya, namun ahli top 5 mengesahkan list itu ditapis lagi oleh 'high up'. Proses sedang berjalan,” katanya.
Penyandang Parlimen Ketereh ini juga menasihatkan untuk menjadi calon, seseorang itu harus Amanah dan bukan hanya melobi diri sendiri.
“Menjadi calon tidak boleh diminta minta. Tak perlulah melobi-lobi…Ia satu amanah…Tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti.
“Jika tidak, berkubur dua kali. Kurangkan spekulasi. Tunggu saja pengumuman rasmi sehari dua saja lagi,” tulisnya.