Lee Shan yang juga presiden PBK berkata beliau masih menunggu dana untuk digunakan membayar wang deposit pilihan raya.
“Jadi saya berdoa agar pengundi dapat menghantar kami semua PBK ke parlimen atau sekurang-kurangnya saya seorang kerana saya boleh bercakap untuk Sarawak.
“Kalau saya dapat mencalonkan diri saya, kerana saya sekarang sedang mencari duit untuk membayar deposit.
“Saya tahu sekarang sudah tidak ada masa, saya harap rakyat dapat menyokong dengan membayar deposit saya terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan senarai calon PBK bagi PRU15 di pejabatnya di Kuching pada Rabu.
Tegas Lee Shan, kalah atau menang ia perkara kedua, langkah yang diambil ini adalah untuk memenuhi permintaan pengundi yang mahukan PBK turun bertanding dalam PRU15.
Beliau turut memohon agar para penyokong untuk bersama-sama membantu PBK agar dapat memenangi PRU15 walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi di Dewan Rakyat.
PBK mengesahkan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun kata presidennya, Voon Lee Shan, enam kawasan yang ditandingi akan menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Manakala pihaknya akan menggunakan lambang sendiri di kerusi Parlimen Mas Gading.