Calon GPS Iskandar Turkee, 54, akan dicabar calon PBK Stevenson Joseph Sumbang, 42, dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak Chieng Lea Phing, 64, dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey berkata pencalonan Iskandar yang merupakan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sarawak diterima pada 9.03 pagi.
Pencalonan wakil PBK, Stevenson Joseph Sumbang, 42, diterima pada 9.09 pagi, sementara pencalonan calon Aspirasi, Chieng Lea Phing, 64, diterima pada 9.12 pagi.
Berdasarkan daftar pemilih terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi dengan 43 orang daripadanya terdiri dari pengundi awal.
Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dalam enam pilihan raya bermula 1996 dan yang terakhir pada 2021.
-- BERNAMA