KUALA LUMPUR: Kajian yang dilakukan oleh Huayan Policy Institute dan Centre for Malaysian Chinese Studies terhadap sikap pengundi Cina pula mendapati 78.6 peratus menganggap isu kos sara hidup menjadi keutamaan mereka dalam membuat keputusan ketika mengundi.

Sebanyak 75.1 peratus melihat isu pendidikan, 73 peratus kestabilan politik, 72.5 peratus melihat isu hubungan antara kaum dan 68.6 peratus mementingkan isu nilai mata wang dan hutang negara.

67.93 peratus pengundi Cina melihat isu reformasi institusi dan tata kelola menjadi keutamaan, 65.29 peratus isu pekerjaan dan gaji serta 58.75 peratus memberi keutamaan kepada isu infrastruktur awam.

Isu lain yang menjadi perhatian pengundi Cina adalah pelaburan dan GDP sebanyak 58.67 peratus, kesihatan (55.31 peratus), kebebasan dan hak asasi manusia (53.31 peratus).

51.8 peratus pengundi Cina berpendapat kenaikan kos sara hidup telah menjejaskan hidup mereka, manakala 46.6 peratus menganggap ia menjejaskan sedikit sementara hanya 1.61 peratus merasakan ia tidak menjejaskan.

Sebanyak 65.2 peratus pengundi Cina menganggap merasakan situasi politik semasa adalah tidak stabil.

Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.

Ia dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik Ilham Centre, O2 Research Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.

Kaji selidik oleh Huayan Policy Institute menjelang PRU15


Kaji selidik oleh Huayan Policy Institute menjelang PRU15