KUALA LUMPUR: Kaji selidik yang dijalankan O2 Research Malaysia mendapati 57 peratus responden menganggap kos sara hidup dan harga barang merupakan isu yang paling penting untuk diselesaikan oleh pemimpin negara.

Empat puluh sembilan peratus pula melihat peluang pekerjaan dan kadar gaji perlu menjadi keutamaan pemimpin negara sementara 46 peratus pula menganggap isu pendidikan merupakan isu paling penting.

Sebanyak 44 peratus menganggap kestabilan politik merupakan isu yang paling penting untuk diselesaikan oleh pemimpin negara.

Sementara 41 peratus responden melihat kadar mata wang dan hutang negara perlu diutamakan oleh pemimpin untuk menyelesaikan masalah negara.

Bagi isu kesihatan pula, 38 peratus responden melihat ia adalah isu paling penting untuk diselesaikan, manakala 32 peratus melihat hubung antara kaum perlu diutamakan.

Reformasi institusi dan urus tadbir, perumahan dan infrastruktur awam berkongsi jumlah yang sama dengan 31 peratus melihat ia merupakan isu yang paling utama perlu diselesaikan pemimpin negara.

Hanya 9 peratus responden menganggap hubungan diplomasi antarabangsa perlu diberi keutamaan dan paling penting untuk diselesaikan.

Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star dan Malaysian Nanban.

Kaji selidik ini dilaksanakan oleh badan penyelidik Ilham Centre, O2 Research Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.

Kaji selidik yang dilakukan O2 Research berhubung sikap pengundi