KOTA KINABALU: Ribut petir diramal berlaku di semua 25 kawasan Parlimen di Sabah pada hari mengundi, 19 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.

Sementara itu, cuaca pada waktu pagi pula diramal cerah di semua kawasan Parlimen.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut meramalkan 16 lokasi Parlimen Sarawak berlaku hujan pada sebelah petang, sementara 15 lagi dijangka ribut petir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lebih 1.6 juta pengundi berdaftar di Sabah akan menjalankan tanggungjawab, manakala Sarawak melibatkan 1.92 juta pengundi.

Daripada jumlah tersebut, seramai 21,342 polis, tentera dan pasangan di Sabah akan mengundi awal esok, manakal Sarawak pula melibatkan 22,127 pengundi awal.