Tiada halangan untuk Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata adalah jelas seperti yang dimaklumkan sebelum ini bahawa mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan menggunakan simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.
"Namun SPR mengingatkan bahawa bagi tujuan untuk mengambil bahagian dalam PRU14, parti-parti politik mestilah merupakan parti yang didaftarkan dan dibenarkan menjalankan segala aktivitinya di bawah Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Hashim berkata bagi parti politik yang bersetuju untuk membenarkan mana-mana bakal calon bertanding mewakili parti berkenaan, mereka diminta membawa surat kebenaran bertulis.
BACA.FAHAM.UNDI: IKUTI LIPUTAN KOMPREHENSIF PRU14 DI SINI!
Tambahnya kebenaran bertulis itu mestilah ditandatangani oleh pegawai parti yang bertanggungjawab membenarkan calon itu menggunakan simbol parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Mohd Hashim berkata mana-mana calon yang tidak mendapat kebenaran secara bertulis daripada parti yang ingin diwakilinya, sekiranya layak untuk bertanding, pegawai pengurus akan memperuntukkan kepadanya satu simbol yang sedia ada yang telah ditetapkan sebagai ganti.
"SPR menegaskan, selagi mana syarat dipatuhi, individu tersebut adalah layak untuk mewakili mana-mana parti yang telah memberikan kebenaran bertulis tersebut," katanya.
Menjelas lanjut, katanya tiada peruntukan yang menyatakan ahli parti hanya boleh mewakili partinya sahaja dalam PRU.
Katanya SPR juga tidak pernah menghalang selagi Perkara 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 tersebut dipatuhi sepenuhnya.
Mohd Hashim berkata SPR akan mengeluarkan peraturan dan garis panduan lengkap mengenai penggunaan logo dan bahan kempen dalam masa terdekat untuk menjelaskan kepada semua pihak berkepentingan. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 18 2018
![PRU14: Tiada halangan pembangkang guna logo PKR - SPR PRU14: Tiada halangan pembangkang guna logo PKR - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71517673399_HashimAbdullah.jpg)
MOHD HASHIM: Tiada halangan untuk Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). -Gambar fail
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![PRU14: Tiada halangan pembangkang guna logo PKR - SPR PRU14: Tiada halangan pembangkang guna logo PKR - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71517673399_HashimAbdullah.jpg)
PRU14: Tiada halangan pembangkang guna logo PKR - SPR
Mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan menggunakan simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.
![SPR bincang tarikh PRU14 esok SPR bincang tarikh PRU14 esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523263747_SPR.jpg)
SPR bincang tarikh PRU14 esok
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan Mesyuarat Khas esok bagi urusan Pilihan Raya Umum ke-14.
![SPR tangguh prosiding siasatan persempadan semula negeri Selangor SPR tangguh prosiding siasatan persempadan semula negeri Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461405056_HashimAbdullah.jpg)
SPR tangguh prosiding siasatan persempadan semula negeri Selangor
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menangguhkan prosiding siasatan tempatan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor.
![UMNO juga tidak puas hati persempadanan semula SPR - Noh Omar UMNO juga tidak puas hati persempadanan semula SPR - Noh Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81438922904_SPR.jpg)
UMNO juga tidak puas hati persempadanan semula SPR - Noh Omar
Usul persempadanan semula dicadangkan SPR turut menyebabkan UMNO tidak berpuas hati kerana dilihat mampu mengurangkan sokongan pengundi Melayu.
![Pakatan Harapan cadang Selangor, P. Pinang bantah persempadanan semula Pakatan Harapan cadang Selangor, P. Pinang bantah persempadanan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474280520_PakatanRakyat.jpg)
Pakatan Harapan cadang Selangor, P. Pinang bantah persempadanan semula
Pilihan tersebut diambil memandangkan dua negeri itu mempunyai kuasa berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.
![SPR nafi persempadanan bahagian pilihan raya adalah untuk kepentingan pihak tertentu SPR nafi persempadanan bahagian pilihan raya adalah untuk kepentingan pihak tertentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461405056_HashimAbdullah.jpg)
SPR nafi persempadanan bahagian pilihan raya adalah untuk kepentingan pihak tertentu
SPR menafikan dakwaan yang mengatakan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.