GEORGE TOWN: Tempoh tiga minggu selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah masa yang paling sesuai untuk hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dilaksanakan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau berpendapat, tempoh berkenaan dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.
"Hari Rabu ini (28 Jun) menandakan tarikh penting iaitu pembubaran DUN Pulau Pinang, maka apa yang dispekulasikan (pembubaran DUN) sudah jadi kenyataan dan tidak perlu spekulasi lagi... sekarang adalah spekulasi penamaan calon dan hari pengundian pula (mengundi PRN)," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.
DUN Pulau Pinang dibubarkan semalam dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, beberapa perkara perlu dilakukan selepas pembubaran DUN antaranya menyiapkan manifesto, persiapan lantikan ejen tempat undi, ejen mengira undi dan bahan-bahan untuk publisiti.
"Selepas penamaan calon, kita masuk pula ke peringkat persiapan untuk dapatkan jentera berkempen, mengadakan lawatan bertemu pengundi, pengedaran risalah dan gunakan media sosial untuk sampaikan maklumat kepada pengundi... semua gerak kerja ini dilakukan sehingga ke kemuncaknya hari mengundi.
"Kita juga menyusun semua kerja-kerja ini kerana ia ada prosesnya tersendiri iaitu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan seterusnya kerja-kerja lain (menyusul)," katanya.
Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.
Pada PRU14, PH memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan Pas (satu).
Sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan, PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan Pas satu kerusi.
Selain Pulau Pinang, negeri lain yang akan mengadakan PRN ialah Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023

Chow Kon Yeow berpendapat, tiga minggu selepas pembubaran Dewan Undangah Negeri (DUN) memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing. - Gambar BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PRN: Tiga minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon - Chow
Tempoh berkenaan dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.

DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini, beri laluan kepada PRN
Pembubaran itu lebih awal berbanding tempoh mandat lima tahun yang akan berakhir pada 2 Ogos ini.