SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kegagalan mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam sebagai amaran daripada rakyat untuk memperbaiki segera segala kekurangan yang ada.
Beliau berkata meskipun gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat kemenangan dua pertiga, faktor kekalahan kerusi terutama di kubu kuat perlu dikenal pasti dan dikaji dengan mendalam.
"Ada beberapa tempat kita rasakan sebenarnya, ada kawasan Felda dan pinggir bandar selalunya jadi kubu kita tapi gagal pertahankan seperti Paroi dan Labu ... itu satu amaran kepada kita untuk kenal pasti puncanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
PRN: Untuk keputusan penuh, siapa menang dan siapa kecundang klik di SINI
PH dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi majoriti dua pertiga daripada 36 kerusi DUN di negeri ini dengan PH menang 17 kerusi dan BN menang 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) meraih lima kerusi.
Lima kerusi dimenangi PN itu adalah di Paroi dan Labu yang sebelum ini milik PH manakala BN kehilangan kerusi DUN Serting, Bagan Pinang dan Gemas.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata peratusan keluar mengundi pada PRN ini menunjukkan penurunan hampir di setiap saluran yang antaranya berkemungkinan disebabkan faktor kesukaran pelepasan cuti daripada majikan untuk keluar mengundi.
"Mungkin juga mereka telah mengundi (kerusi Parlimen) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengajarannya, selepas ini kita kena pastikan pilihan raya disekalikan, ia memudahkan dan rakyat tidak perlu mengeluarkan belanja lagi untuk pulang ke kampung halaman," katanya.
Sementara itu, Aminuddin yakin PH dan BN mampu membuktikan keserasian untuk mentadbir negeri itu dengan lebih baik dan cemerlang selepas ini.
"Saya yakin kita mampu menunjukkan bahawa kepimpinan ini serius untuk memperjuangkan serta membela anak bangsa di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023

Meskipun gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat kemenangan dua pertiga, faktor kekalahan kerusi terutama di kubu kuat perlu dikenal pasti dan dikaji dengan mendalam. - Foto BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Lapan bulan tidak cukup perjelas kerjasama PH-BN - Adun Lenggeng
Tempoh lapan bulan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak mencukupi untuk menjelaskan kerjasama yang terjalin antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Calon MB Negeri Sembilan, Aminuddin atau Jalaluddin?
Teka-teki calon Menteri Besar Negeri Sembilan sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) hanya akan terjawab pada Isnin.

PRN: Tewas lima kerusi, amaran daripada rakyat - Aminuddin
Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kegagalan mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN semalam sebagai amaran daripada rakyat.

'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.

PRN: Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.

PRN: Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
![[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah [RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691853472_TBCALONDAP.jpg)
[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalahkan sahabat baiknya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif sekali gus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.

PRN: Warga emas meninggal dunia selepas rebah di pusat mengundi
Slug : Ajal selepas celuBelum sempat mengundi, seorang wanita warga emas rebah sebelum meninggal dunia ketika hadir untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Rokan, di sini pagi tadi.p jari

PRN: Eddin Shazlee, Danni, Rafiei antara calon MB daripada PN di Negeri Sembilan?
PN Negeri Sembilan menegaskan parti itu mempunyai calon Menteri Besar berkaliber untuk memimpin negeri tersebut.

PRN: Mungkin ada kejutan namun sukar buat PN tawan Negeri Sembilan - Penganalisis
Menggunakan analogi kereta, kalau sebelum ini kempen bergerak pada gear satu, di minggu terakhir ini lazimnya sudah di gear lima, pecutan pun makin laju.