TEMPOH kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berbaki sekitar tujuh hari lagi sebelum lebih 9.77 juta pengundi di enam negeri memberikan mandat kepada wakil rakyat, dan parti untuk membentuk Kerajaan Negeri pada 12 Ogos ini.

Fasa pertama kempen yang bermula sebaik proses penamaan calon selesai pada 29 Julai lalu, menyaksikan seramai 572 calon mewakili perlbagai parti dan individu mengatur gerak untuk mendekati rakyat.

Dalam usaha memenangi hati para pengundi, parti-parti yang menyertai PRN telah mengumumkan manifesto masing-masing termasuk Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN0); Perikatan Nasional (PN); serta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Di Selangor, dengan lebih 3.74 juta pengundi melibatkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), PH-BN menawarkan manifesto yang dikenali sebagai Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun.

Manifesto itu mengandungi lima teras utama sebagai tawaran kepada rakyat Selangor, dengan 53 tawaran jika gabungan itu berjaya membentuk Kerajaan Negeri.

Lima teras itu adalah Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi;  Agama Sebagai Cahaya dan Inspirasi Kehidupan Bermaruah di Selangor; Perkhidmatan Kerajaan Yang Cekap dan Efisien; Pembangunan Mampan, Selesa dan Berdaya Huni dan Selangor Negeri Penyayang Yang Membela Kepentingan Rakyat.

Sementara, PN tampil dengan tema “Selangor Baharu, Kita Bangkit” menerusi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan serta 112 tawaran untuk rakyat Selangor.

.

BERIKUT TAWARAN PN: SELANGOR BAHARU KITA BANGKIT

TUNJANG PERTAMA: Semarak Masyarakat Harmoni

- Dana khas berjumlah RM10 juta kepada NGO, pupuk keharmonian masyarakat berbilang kaum & martabatkan bahasa kebangsaan, bahasa ibunda

- RM50 juta tingkat taraf sosioekonomi masyarakat India & Orang Asli

- Hari Sabtu sebagai Hari Sukan dan Riadah


TUNJANG KEDUA: Sejahterakan Kehidupan Rakyat

i. Jamin bekalan makanan cukup untuk rakyat pada harga munasabah

- Wujudkan rangkaian Gerai Prihatin Rakyat di setiap DUN, tawar makanan asas pada harga berpatutan

- Insentif Dana Makanan Selangor (DaMaS) RM150 juta bagi wujudkan hab mega makanan

- Mudahkan cara, percepat proses kelulusan guna tanah terbiar milik Kerajaan negeri

- Inisiatif kebun ke komuniti bekal hasil pertanian & ternakan ke pasar tani, pasar pagi, & pembelian dalam talian

- RM100 juta dana kepada usahawan tani muda

- Geran sehingga RM20,000 untuk komuniti ubah guna, bangun tanah kosong bagi 'urban farming'

ii. Memelihara kebajikan rakyat

- Inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor
a. Peruntukan RM312 juta setahun bantu 65,000 keluarga
b. Bantuan bulanan RM400 bagi pembelian barangan

- Skim Rumah Pertama Darul Ehsan
a. Rumah pangsa 3 bilik bagi golongan memerlukan, kuota khas keluarga muda

- Kecualikan cukai pintu rumah kos rendah, rumah kampung tradisi & Kampung Bagan untuk 5 tahun

- Kecualikan bayaran parkir seliaan PBT di Selangor Utara

- Kadar baharu elaun bulanan:
a. Imam – RM1,700
b. Bilal – RM800
c. Siak – RM600
d. Nazir – RM600

- Optimum dana & aset milik PBT, pergiat kerja-kerja naik taraf & selenggara fasiliti awam

- Wujud Bantuan Prihatin Nelayan Selangor RM5 juta setahun

- Tingkatkan penglibatan warga FELDA termasuk anak muda dalam aktiviti ekonomi & keusahawanan

iii. Perkukuh sistem kesihatan

- Perkenal Skim Prihatin Sihat sedia rawatan asas & perlindungan takaful bagi 250,000 penerima

- Mudahkan pergerakan warga emas & OKU ke pusat kesihatan dengan perluas pengangkutan percuma Van Selangor Care

- Perkenal Pusat Kesejahteraan Darul Ehsan bagi kesihatan mental, dialisis & rehabilitasi di setiap daerah

- Dana RM15 juta untuk Ambulans Komuniti Selangor (AKoS)

iv. Bangunkan Selangor ke taraf global

- RM30 juta setahun bina, naik taraf & selenggara fasiliti di setiap DUN

- RM50 juta dana khas Selangor Juara, khusus bola sepak, badminton gilap bakat

- RM2 juta insentif Darul Ehsan E-Sports (DEES)

v. Perkasa Silver Economy bagi upada & jamin sejahtera warga emas

- Kediaman warga emas melalui Skim Desa Pesara Selangor,  dilengkapi kemudahan kerohanian, kesihatan &
rekreasi

- Program Ekonomi Warga Emas, libatkan diri dalam aktiviti ekonomi & kesukarelawanan

- RM5,000 setahun, tambah pusat aktiviti warga emas di seluruh negeri

- Perkukuh ekosistem penjagaan warga emas, libatkan pusat penjagaan & hospital

- Mudah cara sistem perlesenan & perkasa audit, jamin keselamatan penghuni pusat jagaan warga emas

vi. Perkasa kebolehan & potensi OKU

- Peluang ekonomi golongan OKU, pertingkat penyertaan dalam pasaran pekerjaan

- Tubuh pusat aktiviti, bimbingan & latihan untuk OKU semua peringkat umur termasuk autistik

- Sedia fasiliti mesra OKU di semua premis kerajaan negeri & meningkatkan penyediaan fasiliti di premis swasta

- Sedia pusat intervensi & pembangunan OKU yang komprehensif untuk kanak-kanak & remaja

- Perkenal pangkalan data OKU yang komprehensif, urus bantuan OKU

vii. Santuni keluarga muda

- RM500 pasangan pengantin baharu, bantu pasangan muda memerlukan

- Pakej Percutian Raikan Cinta pasangan baru berkahwin, bercuti di destinasi
pelancongan dalam Selangor

- RM500 kepada ibu yang baru lahirkan anak

- Perbanyak rumah transit & projek perumahan rakyat di kawasan terpilih, sewaan pasangan belia baru berkahwin

.


TUNJANG KETIGA: Junjung Prinsip Tadbir Urus & Politik Bersih

i. Perkasa ekosistem pentadbiran Kerajaan Negeri

- Tubuh Jawatankuasa Khas dianggotai pakar pelbagai bidang, pantau tawaran PN

- Wujudkan Majlis Tindakan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor

- All-Party Parliamentary Group tangani cabaran semasa & masa depan; pembangunan lestari, teknologi & tenaga kerja

- Lantik Ahli Dewan Negeri (ADN) tanpa pilihan raya, wakili pelbagai segmen masyarakat dalam DUN


ii. Tingkat kecekapan perkhidmatan & utamakan integriti

- Beri elaun khas tahunan sekurang-kurang 2 bulan gaji kepada anggota perkhidmatan awam Selangor

- Optimum teknologi digital & data raya bagi perkhidmatan Kerajaan Negeri lebih telus, cekap & bertaraf dunia

- Peluang ekonomi baharu, perkasa pengurusan anak syarikat Kerajaan Negeri & PBT melalui digital


TUNJANG KEEMPAT: Ekonomi Masa Hadapan Yang Utuh

i. Tumpu pertumbuhan industri masa hadapan

- Ekonomi masa depan yang lestari, perkasa kolaborasi bersama pemegang taruh

- Percepat perkembangan industri masa hadapan bernilai tinggi melalui kerjasama pemain industri

- 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi

- RM50 juta perkasa Invest Selangor; mudah, galak & percepat pelaburan industri bernilai tinggi

- Tubuh Pusat Kajian Industri Masa Hadapan bagi pembangunan industri masa depan

- Dana tambahan RM20 juta, tingkat & perluas pasaran eksport produk dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi

ii. Pergiat penyediaan bakat baharu kemahiran tinggi

- Elaun minimum RM1,500 seulan peluang latihan industri dalam agensi, anak syarikat Kerajaan negeri

- Pelan Industri Kreatif Selangor (PIKS), pergiat penglibatan belia dalam industri kreatif

- Inisiatif NextGen Selangor dengan peruntukan RM10 juta untuk murid-murid

- Perkasa kolej & universiti milik Kerajaan Negeri sebagai peneraju pendidikan tinggi & penyelidikan ekonomi
masa depan

- Zon Khas Latihan Kemahiran berteknologi tinggi

iii. Selangor sebagai destinasi pelancongan berkualiti & berprestij

- RM200 juta bagi Insentif Selangor Destinasi Pilihan

- Galak pembangunan homestay unik, produk pelancongan alam semulajadi bernilai tinggi & fasiliti pelancongan moden

- Rancakkan aktiviti pelancongan kebudayaan & sedia tarikan baharu di kawasan Utara Selangor

- Tingkat produk pelancongan berasas makanan & kulinari

- Selangor sebagai destinasi utama mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) & acara sukan peringkat antarabangsa

iv. Bangunkan PMKS berdaya saing & digital-ready

- Dana pusingan RM500 juta untuk lebih 100,000 peniaga kecil, perkasa skim mikro kredit HIJRAH

- Pengecualian fi lesen perniagaan untuk penjaja, gerai & pasar bagi 5 tahun

- Kecuali sepenuhnya bayaran sewa tapak perniagaan milik PBT bagi penjaja berdaftar di seluruh negeri bagi 5 tahun

- RM50 juta setahun bagi pinjaman tanpa faedah kepada penjaja, memiliki food truck

- RM50 juta setahun biayai penggantian alat perniagaan rosak akibat bencana atau musibah

- Dana Digital Niaga Selangor (DiNiS) berjumlah RM50 juta setahun, bantu usahawan muda

- Perkasa Halal International Selangor, pergiat promosi produk halal keluaran PMKS

- Maksimum potensi PMKS dalam digital perniagaan, kerjasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri, industri & institusi latihan kemahiran

v. Perkasa keilmuan belia

-  Tabung Biasiswa Industri Masa Depan berjumlah RM20 juta

- Skim EduStart Selangor bagi bantuan awal pengajian:
a. RM1,500 kepada semua pelajar tahun pertama yang akan masuk ke IPT termasuk IPG
b. RM500 kepada semua pelajar baharu matrikulasi, tingkatan enam

- Insentif khas GigEduSelangor RM1,500 kepada riders p-panggilan (p-hailing), lanjut pengajian di IPT

vi. Perkukuh sosioekonomi belia

- RM700 setahun untuk 6,500 orang peserta skim Selangor Riders, belia yang terlibat industri p-panggilan (p-hailing)

- Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama

- Perkasa koperasi belia melalui latihan & khidmat nasihat


.

TUNJANG KELIMA: Wanita Teras Masyarakat & Ekonomi Negeri



i. Optimum potensi wanita dalam sektor ekonomi

- Wujudkan tenaga kerja profesional pendidikan awal & penjagaan kanak-kanak
a. Perkenal Kursus Pendidikan Awal dan Penjagaan Kanak-Kanak di UNISEL & UIS

- Bina 20 Selangor Child Care Centre setahun, dilengkapi kemudahan moden & tenaga pengajar profesional

- Dana khas RM50 juta untuk agensi Kerajaan Negeri & syarikat swasta buka pusat asuhan baharu di tempat kerja

- Inisiatif Asuh Prihatin Selangor (APS)
a. Bantuan yuran asuh kanak-kanak  RM150 setiap bulan untuk 65,000 kanak-kanak keluarga
memerlukan

- Capai sasaran 30% penyertaan wanita dalam jawatan utama di agensi & anak syarikat Kerajaan Negeri

- Kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, pihak swasta; lebih banyak peluang pekerjaan waktu kerja
anjal

- Geran sehingga RM10,000, perkasakan 30,000 perniagaan milik usahawan wanita berdaya saing & stabil

- Dana pemula sehingga RM50,000 untuk wanita profesional mula perniagaan dalam sektor pembuatan & perkhidmatan

ii. Tingkat kesejahteraan wanita & keluarga

- Perkenal Inisiatif Wanita Waja bagi wanita yang kematian suami atau berpisah:
a. Bantuan RM500 sebulan bagi 3 bulan
b. Bantuan khidmat kaunseling & motivasi
c. Bantuan latihan kemahiran & pementoran

.

TUNJANG KEENAM: Modal Insan


i. Perkasa  akses pendidikan

- Bantuan tambang bas sekolah RM100 sebulan kepada 20,000 anak keluarga memerlukan

- Program Selangor Renang

- Saringan penglihatan & pendengaran kanak-kanak secara percuma untuk murid memerlukan

- Tingkat kapasiti Sekolah Rendah Agama Integrasi bagi penambahan bilangan murid

ii. Mantap sistem pendidikan yang inklusif & berdaya saing

- Tubuh Akademi Sains Selangor bagi sedia pendidikan peringkat sekolah rendah, tumpu pendidikan sains, teknologi & inovasi

- Dana khas RM2 juta setahun bagi pembelajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

- Dana Bantuan PIBG RM5,000 setahun kepada semua sekolah kerajaan, termasuk SJKC & SKJT; Jumlah peruntukan RM5 juta

- Insentif khas sekolah tahfiz & agama negeri sertai sistem kemahiran TVET

- Tingkat 100% jumlah biasiswa Kerajaan Negeri, fokus bidang industri masa depan

- Inisiatif Eksplorasi Sains Selangor (ESS), sedia trak bergerak dilengkapi pelbagai alatan sains & teknologi terkini

iii. Perkasa KAFA, SAR & SRA

- RM100 juta bina sekolah agama rakyat integrasi sains & teknologi baharu, selenggara sekolah agama

- Bantuan yuran KAFA murid keluarga memerlukan, peruntukan RM6 juta setahun


TUNJANG KETUJUH: Alam Lestari & Infrastruktur Bestari

i. Perkasa pemeliharaan & pemuliharaan alam sekitar

- Bina sistem penjanaan tenaga boleh diperbaharui termasuk on-road energy harvesting di kawasan industri

- Dana RM10 juta, insentif kepada NGO laksana aktiviti & program

- Tingkat penguatkuasaan kawalan pencemaran, perkasa perlindungan alam sekitar

- Wujud sistem pengumpulan minyak terpakai dengan kerjasama pihak swasta

- Perkasa usaha kembang industri perdagangan karbon, penangkapan & penyimpanan karbon

- Wujud Yayasan Perlindungan Alam Selangor lindungi hutan rimba, taman alam, pesisiran pantai & sungai


ii. Sedia perkhidmatan air efisien

- 20 meter padu air percuma kepada pemegang akaun dengan pendapatan isi rumah RM15,000 & ke bawah

- Peruntukan tahunan RM200 juta atasi masalah paip pecah di 100 kawasan hotspot

- Peruntukan RM10 juta inisiatif Alam Lestari, pergiat budaya amalan konservasi air

- Tambah bilangan sensor & guna teknologi terkini; Pantau sumber air mentah di kawasan sensitif & hotspot pencemaran sumber air

- Perkenal rapid response team; Gerakkan lori tangki air bersih ke kawasan gangguan bekalan air

- Lebih banyak takungan sumber air; Jamin kesinambungan bekalan air jika loji rawatan tercemar

iii. Tingkat kualiti jalan raya & infrastruktur keselamatan

- Perkenal rapid response team; Aduan berkaitan jalan raya seperti lubang & lampu jalan rosak

- Segera bina jalan baharu, naik taraf jalan & jambatan sedia ada kawasan bandar & luar bandar

- Tingkat jaringan laluan pejalan kaki termasuk kawasan pengangkutan awam

- Tambah CCTV & butang kecemasan

iv. Tingkat akses liputan perkhidmatan internet

- Percepat peluasan akses capaian internet 5G di seluruh Selangor

- Perkenal E-Commerce Digital Hub, bantu peniaga 'online'

- Tingkat kualiti wifi percuma di kawasan tumpuan ramai termasuk pusat komuniti, pelancongan & pusat kegiatan belia