Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal menyaksikan beberapa pertukaran kerusi antara anggota Parlimen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Adenan Satem tidak menolak kemungkinan itu, namun enggan mendedahkan mengenai senarai pertukaran kerusi berkenaan.
"Tekaan anda sebaik saya. Pastinya akan ada kemungkinan sedemikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti berkenaan di ibu pejabat parti, di Kuching, hari ini.
Beliau yang juga Presiden PBB mengesahkan hampir semua barisan calon parti itu sudah diputuskan dan senarai akhir itu akan diketahui bulan depan.
"Kebanyakan daripada 40 penyandang akan kekal kecuali kira-kira lima yang menyatakan hasrat mahu meletak jawatan atau bersara.
"Kami juga akan mempunyai lima muka baharu termasuk daripada Pemuda dan Wanita Bahagian yang akan bertanding di lima kerusi baharu," katanya lagi.
Adenan berkata, PBB sebagai parti utama Barisan Nasional (BN) di Sarawak, sudah bersiap sepenuhnya bagi menghadapi PRN kali ini.
Mengulas mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi PBB hari ini, beliau berkata, parti itu telah membentuk satu jawatankuasa induk dan pelbagai jawatankuasa kecil untuk mengendalikan pelbagai tanggungjawab seperti logistik, publisiti, pengangkutan, keselamatan dan beberapa perkara lain.
"Mesyuarat ini adalah untuk mengkaji semula dan memperbaiki pelbagai aspek dalam persediaan kami menghadapi pilihan raya negeri," katanya.
Sementara itu, Menurut Adenan, pada pilihan raya kali ini, Barisan Nasional (BN) negeri secara keseluruhannya akan memilih calon boleh menang.
"Tiada gunanya anda memberi kerusi kepada parti komponen dan ia tidak mampu melaksanakannya atas pilihan sendiri," katanya.
Astro Awani
Sun Jan 24 2016
ADENAN: Kami juga akan mempunyai lima muka baharu termasuk daripada Pemuda dan Wanita Bahagian yang akan bertanding di lima kerusi baharu.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
AWANI Ringkas: Perkembangan kes bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Daim
Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
'Allahyarham Tun Daim seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
Seorang pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Khamis minggu lepas.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Mengenang Tun Daim: Tun Daim Zainuddin di mata Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah
Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah berkongsi cerita serta pengalamannya mengenali Tun Daim Zainuddin.
Mengenang Tun Daim: Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalaman bersama Tun Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalamannya bersama Tun Daim Zainuddin serta mengenang ketokohan bekas Menteri Kewangan itu.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.