KABONG: Mohamad Chee Kadir kekal sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.
Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pencalonan tersebut di hadapan 300 hadirin yang hadir dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Penjaja Daerah Kabong di sini pada Jumaat.
"Insya-Allah, sambutan kitak kepadanya cukup baik. Mungkin kita akan kekalkan sebagai wakil rakyat," katanya lagi.
Bekas Timbalan Datuk Bandar Miri itu merupakan ADUN kawasan tersebut sejak 2016, selepas ia diangkat sebagai DUN baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 Sarawak, Chee Kadir memperoleh 5,069 undi untuk menewaskan wakil Amanah, Jini Sahini yang sekadar membawa pulang 1,484 undi.
DUN Kabong mempunyai 10,166 undi.
Azizah Alwi
Fri Nov 26 2021

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 Sarawak, Chee Kadir memperoleh 5,069 undi untuk menewaskan wakil Amanah, Jini Sahini yang sekadar membawa pulang 1,484 undi.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PRN Sarawak: Chee Kadir kekal calon GPS di DUN Kabong
Mohamad Chee Kadir kekal sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.