KAPIT: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang selesai membuang undi tepat jam 10 pagi tadi.
Beliau hadir bersama isteri Seriah Thomas di Sekolah Kebangsaan Sungai Amang, tepat jam 9.40 pagi.
Ditanya mengenai perjalanan proses pilihan raya di pusat pembuangan undi tersebut jelasnya, dia berpuas hati kerana prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sebaiknya.
“Saya berpuas hati segala ketetapan garis panduan yang digariskan oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat dipatuhi sebaiknya setakat ini.
“Saya difahamkan segalanya berjalan lancar sejak pagi tadi dan pengundi yang hadir memberi kerjasama yang baik,” ujarnya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus merekodkan 7,894 jumlah daftar pemilih dengan 746 pengundi di SK Sungai Amang.
Wilson merupakan penyandang kerusi DUN tersebut sejak 2016 menerusi PRN11 setelah memperoleh kemenangan bergaya dengan 3,778 undi seterusnya mencipta majoriti selesa dengan 3,284.
Beliau menumpaskan Bendindang Manjah dari DAP yang memperoleh 494 undi dan Bebas, Yong Sibat dengan 321 undi.
Syafik Shukri Jalil
Sat Dec 18 2021
Wilson Nyabong Ijang dan isteri selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Amang, di Kapit, hari ini. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Peminat boleh melihat memorabilia daripada perlawanan akhir Piala Dunia lelaki pertama di Uruguay pada 1930 hingga yang terbaru di Qatar pada 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRN Sarawak: Calon GPS DUN Pelagus selesai buang undi jam 10 pagi
Beliau hadir di Sekolah Kebangsaan Sungai Amang, bersama isteri Seriah Thomas, tepat jam 9.40 pagi.
PRN Sarawak: Warga Pelagus setia bersama GPS, tidak sedia pilih parti lain - Penyandang
Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus tidak bersedia memilih calon atau parti lain bagi mewakili mereka menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).