LUNDU: Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Datuk Amar Jamilah Anu tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.
Jelas Abang Johari, kerusi tersebut kemungkinan akan diserahkan kepada calon muda.
“Mungkin Datuk Amar Jamilah akan mengundur diri.
“Jadi, beliau sudah melatih anaknya. InsyaAllah anaknya, mungkin kita akan kenalkan dalam barisan pemuda dan orang yang boleh melibatkan diri dalam pembangunan kita,” katanya di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Center of Technical Excellenge (CENTEXS) Lundu, di sini.
Antara nama yang disebut-sebut untuk menggantikan Jamilah ialah Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.
Azizul Annuar, 31, merupakan anak bongsu kepada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dan Jamilah.
Allahyarham Adenan meninggal dunia pada 11 Januari 2017, sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa diadakan bagi mengisis kekosongan kerusi Tanjong Datu.
Azizul Annuar ketika itu antara yang giat berkempen mewakili ibunya pada PRK Tanjong Datu.
Dalam PRK tersebut, Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi mengalahkan Rapelson Richard Hamit daripada PBDS Baru dan Johnny Bob Aput (STAR).
Pada PRN ke-11 Sarawak, Allahyarham Adenan memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 01 2021
Datuk Amar Jamilah Anu berkemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sarawak: Anak Allahyarham Tok Nan bertanding di DUN Tanjong Datu?
Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Datuk Amar Jamilah Anu tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.
Wanita Sarawak ada cara halus pikat pengundi luar bandar - Jamilah Anu
Penglibatan dan peranan golongan wanita di Sarawak kini sukar untuk disangkal selain diterima baik dalam arena politik.
PRK Tanjong Datu: PM Najib harap pengundi beri sokongan padu kepada Jamilah
PM Najib yang juga Pengerusi BN yakin bahawa Jamilah akan dapat meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Jamilah arif tentang penduduk Tanjong Datu - Penduduk
Jika Ketua Menteri Kelima Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dikenali sebagai pemimpin yang tidak terlalu mengikut protokol, balunya Datuk Amar Jamilah Anu tidak kurang hebat.
Jamilah Anu calon BN pertahan kerusi DUN Tanjong Datu
Balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu diumumkan sebagai calon Barisan Nasional di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.
40 peratus warga emas di Sarawak kesunyian - Kajian
Kajian juga menunjukkan di Sarawak, hanya 7.1 peratus lelaki dan 11.1 peratus wanita pernah berkahwin, telah bercerai atau berpisah pada perkahwinan pertama.