GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy antara nama yang tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
Keputusan itu sekali gus memperlihatkan beliau tidak akan lagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Sebaliknya, DAP memutuskan untuk meletakkan calon muka baharu untuk mewakili kerusi berkenaan iaitu Sundarajoo Somu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke ketika Majlis Pengumuman Calon-Calon DAP Pulau Pinang dan Kedah di sini pada Selasa.
Selain Ramasamy, antara nama besar DAP yang digugurkan daripada bertanding adalah Ketua Wanita DAP, Chong Eng selepas parti itu menamakan Gooi Zi Sen (Daniel) untuk berentap di DUN Padang Lalang.
Daniel yang menyandang kerusi DUN Pengkalan Kota bagaimanapun digantikan dengan Wong Yuee Harng yang juga merupakan calon muka baharu.
Dalam pada itu, DAP juga tidak mengekalkan Syerleena Abdul Rashid bagi mempertahankan DUN Seri Delima dan meletakkan Tan Hooi Peng yang juga calon muka baharu.
Bagi kerusi DUN Sungai Puyu yang sebelum ini disandang oleh Phee Boon Poh bakal digantikan oleh anaknya, Phee Syn Tze.
Sebelum ini Loke menafikan akan mengugurkan Ramasamy daripada senarai calon yang bakal bertanding bagi PRN kali ini.
Secara keseluruhan, Pakatan Harapan (PH) memenangi 33 daripada 40 kerusi yang dpertandingkan pada PRU14 yang lalu dan angka itu tidak termasuk parti Bersatu yang kini tidak lagi bersama PH.
Hilmi Malik
Tue Jul 25 2023
Antara mereka yang hadir pada Majlis Pengumuman Calon-Calon DAP Pulau Pinang dan Kedah di sini pada Selasa.- Foto Astro AWANI
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
PRN: Ramasamy, Chong Eng antara nama besar digugurkan bertanding di Pulau Pinang
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy antara nama yang tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
COVID-19: Pulau Pinang mungkin batal perarakan pedati sempena Thaipusam
Perarakan dua pedati yang membawa Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam di Pulau Pinang berkemungkinan dibatalkan tahun depan susulan pandemik COVID-19, bagi mengelak penularan virus itu dalam perhi
Kes Zakir Naik: Lima individu termasuk Kula Segaran dipanggil minggu depan - Polis
Lima individu termasuk empat ahli politik akan dipanggil polis minggu hadapan bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat penceramah bebas, Dr Zakir Naik atas tuduhan memfitnahnya.