SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) Selangor yakin dapat menang majoriti mudah di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor memasuki hari ketiga berkempen.
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Bersatu Selangor, Datuk Azman Yaakob, keyakinan itu bersandarkan sokongan yang diterima gabungan itu daripada komuniti masyarakat India di 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
"Kita berkeyakinan melepasi 29 kerusi DUN iaitu majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan pada 12 Ogos ini.
"Insya-Allah kita lihat komuniti India sudah positif cenderung kepada arah PN," jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata ia melibatkan 16 kerusi DUN di bawah enam Parlimen yang dimenangi PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
"Kita sekarang memiliki enam kerusi Parlimen di kawasan luar bandar, di situ sahaja ada 16 kerusi DUN majoriti Melayu yang (kita) akan menang.
"Selain itu, kita akan berikan saingan sengit di DUN Kuala Kubu Bharu di bawah Parlimen Hulu Selangor yang kita menang.
"Juga DUN Sekinchan yang mana Parlimen Sungai Besar yang kita menang," katanya.
Tambah Roslan Shahir, ketika ini gelombang kebangkitan undi Melayu dilihat terarah kepada PN berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
"Itu satu indikator terbaik untuk kita, kita dah separuh jalan. Yang lain-lain kita menjangkakan di kawasan-kawasan Pas dan Bersatu pernah menang.
"Kita juga mendapat dapatan kajian tentang kebangkitan, gelombang undi orang Melayu.
"Kalau dahulu undi Melayu terhad di 'Malay Belt' dari Kuala Langat, Sepang ke Sungai Besar, sekarang undi Melayu di tengah-tengah Lembah Klang.
"Kalau gelombang meningkat di Lembah Klang, tidak mustahil kita capai 29 kerusi DUN," katanya lagi.
Mereka berkata demikian dalam sidang media khas pengenalan calon PN di Shah Alam pada Isnin.
Sejumlah 147 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor.
Daripada jumlah itu, 44 calon mewakili Pakatan Harapan (PH), 12 mewakili Barisan Nasional (BN), 56 daripada Perikatan Nasional (PN), 14 daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), empat mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM), enam mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan satu mewakili Parti Utama Rakyat (PUR) manakala 10 adalah calon Bebas.
Fareez Azman
Mon Jul 31 2023

Roslan Shahir (tengah) pada sidang media pengenalan calon PN Negeri Selangor di Bilik Gerakan Utama PN Selangor di Seksyen 13, Shah Alam. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.

Selangor realisasi tiga tawaran dalam tempoh 100 hari menang PRN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor merealisasikan tiga daripada lima 'Tawaran Kita Selangor' dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos lalu.

Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.

'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Ragu kiraan undi, wakil PH Sungai Kandis buat laporan polis
Shaari Abdul Malik berkata beliau hadir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.56 petang tadi mewakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding di DUN tersebut.

PRN: Dakwa hampir 2,000 kertas undi hilang, calon PH mahu fail petisyen
Zawawi Ahmad Mughni akan memfailkan petisyen pilihan raya susulan dakwaan hampir 2,000 kertas undi di kawasan itu hilang ketika proses penjumlahan undi pada Sabtu.

Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.

PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas
Dua daripada tiga Exco kerajaan Selangor daripada PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRN.