PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) Selangor meletakkan sasaran memenangi 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Ogos ini.
Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata keyakinan itu berdasarkan trek rekod cemerlang pentadbiran kerajaan negeri dalam membangunkan Selangor.
"Kita yakin pengundi nampak prestasi pentadbiran di Selangor yang menyantuni rakyat dengan pelbagai inisiatif yang membantu rakyat seperti Skim Air Darul Ehsan, Skim Perlindungan Insurans dan Takaful Percuma, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, dan Skim Mesra Warga Emas.
"Selain itu kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) juga mampu mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan ini serta dapat menarik lebih banyak undi," katanya kepada media selepas Mesyuarat Khas MPP PKR di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Yahya berkata terdapat beberapa kerusi yang masih dalam peringkat rundingan antaranya Gombak Setia dan Kota Damansara.
"Kita jangka rundingan akan selesai dalam masa terdekat. Ia sudah berada di peringkat rundingan antara presiden-presiden parti kerana di peringkat kami, jawatankuasa perundingan parti, ia telah selesai," katanya.
Terdahulu, Mohd Yahya berkata mesyuarat selama sejam setengah yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Naib-naib Presiden dan Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan Jumaat lepas, dan dengan pembubaran itu, pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada PRU-14, PH mendominasi memenangi 51 daripada 56 kerusi, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.
Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023

Mohd Yahya Mat Sahri ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri dan jentera parti bagi membincangkan perkembangan terkini pilihan raya negeri di Kompleks Sri Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah
Naib Pengerusi PH Selangor Azli Yusof berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya fitnah berkenaan.

PRN: Jentera PH tumpu sebar kejayaan kerajaan Selangor
Jentera PH akan memanfaatkan tempoh menjelang PRN untuk menyebarkan kepada pengundi di Selangor berkenaan kejayaan dicapai.

PRN: PH Selangor sasar menang 51 kerusi
Pakatan Harapan (PH) Selangor meletakkan sasaran memenangi 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Ogos ini.

Pembahagian kerusi: Kepimpinan tertinggi PH Selangor akan bertemu dalam masa terdekat
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) Selangor dijangka mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tahun ini.