KUALA LUMPUR: Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) Selangor dijangka mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tahun ini.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Izham Hashim berkata pertemuan itu akan berlangsung membabitkan beliau sendiri, pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo yang disusuli satu mesyuarat jawatankuasa teknikal.
"Pada prinsipnya tujuan pertemuan itu adalah kerana kita nak gariskan kriteria bagaimana pengagihan itu. Kita ada beberapa cara tapi saya tak perlu dedahkan di sini sebab ia sangat terperinci.
"Kita tak boleh minta-minta kerusi sahaja kerana itu tiada penghujung, jadi kena ada cara atau kriteria bagi pembahagian kerusi yang adil agar boleh diterima oleh semua parti komponen," kata beliau kepada pemberita pada Program Jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 di Taman Nirwana, Ampang di sini hari ini.
Selain itu, Izham berkata mesyuarat PH Selangor baru-baru ini juga telah membuat keputusan untuk mengadakan rundingan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri berhubung isu yang sama.
"Secara tidak rasmi kita dah bertemu, nampak positif dan mereka (UMNO dan BN) pun telah memberikan maklum malas yang baik dan kita berharap dapat menyelesaikan isu pembahagian kerusi ini dan sebagainya sebelum Ramadan supaya dapat fokus pada kerja-kerja di lapangan," katanya.
Dalam pada itu, Izham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor memaklumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi wang ihsan kepada penduduk 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, Ampang selepas diarahkan berpindah ekoran kawasan didiami diklasifikasikan sebagai tidak selamat selepas insiden tanah runtuh pada Mac tahun lepas.
BACA: PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
"Anggaran dalam RM300,000 setiap penduduk akan dapat dan rumah itu akan dikosongkan malah Majlis Perbandaran Ampang Jaya sudah keluarkan arahan pengosongan dan kita akan robohkan 15 rumah itu untuk dijadikan penampan," katanya.
Izham berkata selain pemberian wang ihsan, pemilik rumah yang terjejas turut ditawarkan kediaman projek Rumah Selangorku yang akan dijual pada harga istimewa iaitu RM200,000 sahaja.
Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang pada Mac tahun lepas meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim pada sidang media selepas melancarkan Jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 di Ampang hari ini. - Foto BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.

PRN: Semua perlu akur keputusan pembahagian kerusi - Mohamad Hasan
Semua ahli parti perlu akur dan menerima keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden berhubung pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri akan datang.

PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai - Amirudin
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah selesai, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

PRN: Wanita PH selesai rundingan kerusi, hanya tunggu pengumuman kerusi - Fadhlina
Wanita Pakatan Harapan bersiap sedia untuk memastikan kemenangan semua calon PH pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor dijangka selesai seminggu lagi
Perbincangan bagi agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi.

PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan - Fahmi
Fahmi berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat.

Pas bukan 'abang besar' dalam PN - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tidak timbul isu Pas 'abang besar' di dalam PN kerana kesepakatan telah dicapai dan pembahagian yang adil telah dilaksanakan.

PRN Selangor: 'PM, TPM akan putuskan kerusi yang belum dimuktamadkan' - Amirudin
Gabungan itu masih ada masa mencukupi untuk memuktamadkan calon dan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus - Muhyiddin
Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah selesai 99 peratus, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.