SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah selesai berunding dan menyepakati agihan 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu tidak lama lagi.
Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan dan menjangkakan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang pembubaran DUN.
"Maknanya saya boleh cakap sudah 83 peratus (agihan kerusi DUN) selesai pada tahap ini. Ia perkembangan besar selepas hanya dua kali pertemuan di peringkat negeri.
"Jadi (perbincangan) yang seterusnya akan dilaksanakan dalam minggu depan dan saya percaya kita akan mendapat kata putus," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini pada Ahad.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa BN Selangor meminta PH negeri itu menambah bilangan kerusi DUN daripada 10 kepada 17 untuk ditandingi gabungan politik tersebut pada PRN ini.
Amirudin juga berkata setakat ini, perbincangan antara PH dan BN Selangor berhubung agihan kerusi masih berjalan dan keputusan rundingan akan dimuktamad oleh kepimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.
"Proses memuktamadkan (agihan kerusi) perlu dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang juga Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan.
"Jadi perkara ini dalam perbincangan. Tidak ada unsur lebih ataupun kurang tetapi sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya," katanya.
Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun depan sekiranya tiada permohonan pembubaran dibuat.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023

Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan. - Foto fail/BERNAMA

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Agihan kerusi UMNO, Amanah dipersetujui - Ahmad Zahid
Keputusan agihan kerusi antara UMNO dan Amanah pada PRN akan datang dipersetujui dan dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid
Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai, hanya 9 kerusi belum dimuktamad - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telahpun selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH.

PRN: Agihan kerusi DUN utara Selangor hampir selesai - MB
Amirudin memaklumkan, rundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di bahagian utara Selangor sudah dimuktamadkan kecuali satu yang masih dalam rundingan.

Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.

Agihan kerusi PRN Pulau Pinang 95 peratus selesai
Proses pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Pulau Pinang sudah 95 peratus selesai.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.

Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.

PRN: Agihan kerusi diputuskan hujung Mei - Bung Moktar
Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini.