KUALA LUMPUR: Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin.
"(Agihan kerusi) Belum muktamad dan di peringkat negeri, diminta bincang dan belum diputuskan... ," katanya selepas menghadiri mesyuarat MT parti itu yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini malam ini.
Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju dan perancangan untuk memperkasa parti dalam berhadapan dengan PRN.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Kelantan dan Terengganu bakal mencapai tempoh matang dan terbubar secara automatik pada akhir Jun ini manakala Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan terbubar pada Julai serta Ogos.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menyatakan bahawa PRN di keenam-enam negeri sesuai dilaksana pada Ogos selepas kesemua DUN mencapai tempoh matang.
Seorang lagi Ahli MKT UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi pula berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung saranan beliau agar ahli parti itu mengundi DAP pada PRN kali ini.
"Ahmad Maslan beri penjelasan bahawa dia sebenarnya mengajak ahli menyokong calon Kerajaan Perpaduan, itu sahaja... tiada sebut pasal DAP pun... Kita terimalah penjelasan itu. Kita nak Kerajaan Perpaduan kekal hingga cukup penggal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi PRN di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini, kata Ahli MKT UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin. - Gambar fail/BERNAMA

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.