BUKIT MERTAJAM: Pemuda UMNO bersedia dan komited untuk berjuang bersama-sama dengan pergerakan pemuda parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, termasuk di kerusi yang tidak ditandingi parti itu.
Ketua Pemuda UMNO Muhamad Akmal Saleh berkata gerak kerja untuk menghadapi PRN itu juga telah siap dan beliau akan memastikan jentera Pemuda UMNO bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon parti dalam Kerajaan Perpaduan.
"Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 baru berlangsung beberapa bulan lepas, sudah tentu gerak kerjanya kali ini lebih kurang sama, cuma ada beberapa portfolio yang kita mahu fokuskan.
"Kita juga akan gerak kerja bersama dengan Pemuda Kerajaan Perpaduan yang lain," katanya kepada wartawan selepas berucap pada Pentas Anak Muda Madani Pulau Pinang di sini semalam.
Turut hadir Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Timbalan Ketua AMK Malaysia Kamil Munim.
Berhubung program berkenaan, Dr Muhamad Akmal berkata ia merupakan kali pertama bagi Pemuda daripada blok Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berkongsi pentas yang sama, sekali gus menunjukkan semangat perpaduan dan komitmen kedua-dua blok untuk berjuang bersama.
Dr Muhamad Akmal berkata walaupun masih terasa "kekok" berkongsi pentas dengan Pemuda PH, beliau berharap langkah pertama itu akan memberikan manfaat kepada rakyat dan parti politik.
"Hari ini sejarah tercipta bagi Pemuda BN dan PH kerana di sini merupakan pentas pertama yang dikongsikan di peringkat nasional dan setakat ini, kami melihat sokongan daripada akar umbi memberangsangkan ... kami jangka semangat ini akan dibawa sehingga hari pengundian pada 12 Ogos," katanya.
Dr Muhamad Akmal berkata jentera Pemuda UMNO akan bekerja keras untuk memenangkan siapa pun calon yang bertanding atas tiket parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
![PRN: Pemuda UMNO komited berjuang bersama pemuda dalam Kerajaan Perpaduan PRN: Pemuda UMNO komited berjuang bersama pemuda dalam Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71688117249_TBAkmalSaleh.jpg)
Muhamad Akmal berkata gerak kerja untuk menghadapi PRN itu juga telah siap dan beliau akan memastikan jentera Pemuda UMNO bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon parti dalam Kerajaan Perpaduan. -Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037929_tbKampungTradisiNe.jpg)
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
![Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720839564_MuhyiddinYassinBe.jpg)
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
![Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720774990_TBFahmi.jpg)
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.
![PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718165173_TBpc.jpg)
PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi
Pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
![Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720440181_AnwarIbrahimChemo.jpg)
Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu.
![Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720255482_JohariAbdGhani.jpg)
Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik.
![Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720135535_DatukRRamanan.jpg)
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
![LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
![[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720031129_kempensungaibakap.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.