KUALA TERENGGANU: Langkah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini disifatkan sebagai tindakan berani dalam menongkah arus gelombang hijau di Terengganu.
Mengakui laluan yang akan ditempuh penuh mencabar, calon kerusi berkenaan, Luqman Long berkata, mereka mahu mengetepikan stigma terhadap parti baharu serta berpegang terhadap kemahuan rakyat yang akan diterjemahkan ketika hari pengundian pada 12 Ogos nanti.
"Kita akui laluannya bukan mudah dan sangat mencabar, namun harus diingat Terengganu adalah 'swing state' yang mana rakyatnya berani membuat perubahan demi kebaikan mereka.
"Tiada mana-mana parti politik sama ada UMNO atau Pas boleh mendabik dada mendakwa mereka selamat di Terengganu kerana iklim politik negeri ini sentiasa berubah-ubah," katanya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.
Menurut Luqman, peluang sentiasa terbuka untuk mana-mana parti bertanding kerana pengundi sudah semakin cerdik dan mahukan alternatif baharu serta kepimpinan yang lebih telus, profesional dan amanah.
"PRN kali ini adalah tapak awal untuk MUDA mengembangkan ideologi dan pemikiran politik baharu untuk rakyat Terengganu.
"Ia perlu bagi memastikan mereka tidak perlu taasub kepada mana-mana parti politik kerana dasar dan polisi yang dibuat pemimpin akan memberi keuntungan kepada rakyat," ujar beliau.
PRN di DUN Bandar kali ini bakal menyaksikan berlakunya pertembungan tiga penjuru antara MUDA, Pas dan UMNO.
Dalam pada itu, Luqman yang juga Ketua Penerangan MUDA berkata, walaupun mereka tidak mempunyai kekuatan jentera parti yang ramai, kaedah berkempen secara moden menerusi media sosial amat membantu.
Selain itu, katanya, komuniti DUN Bandar juga lebih unik berbanding kawasan lain kerana ia adalah pusat ekonomi negeri Terengganu malah pengundinya juga lebih berfikiran terbuka.
"Kita tidak berkempen menggunakan kaedah konvensional ceramah sahaja, sebaliknya kami selesa memanfaatkan media sosial untuk menjalankan kempen digital kerana capaiannya lebih meluas termasuk pengundi luar.
"Kita juga memilih DUN Bandar setelah membuat kajian demografi yang kita rasakan pengundi di sini boleh menerima visi dan idea orang muda kerana komposisi kaumnya, latar belakang dan agama agak seimbang.
"Ia (DUN Bandar) adalah kawasan urban yang sesuai untuk MUDA memperkenalkan cara politik baharu tanpa menyentuh isu lapuk seperti agama, bangsa dan menyerang peribadi pihak lawan," katanya.
Jelasnya lagi, selepas tidak bersama Pakatan Harapan (PH), MUDA lebih bebas bersuara dan melontarkan pandangan serta prinsip yang menjadi asas perjuangan sekali gus menjadi asas dan kekuatan untuk bertanding secara solo pada PRN kali ini.
"PRN adalah platform terbaik untuk kami menarik lebih ramai penyokong dan membentuk pemimpin pelapis yang lebih berkualiti tanpa mengira kawan atau lawan.
"MUDA mahu menjadikan PRN ini sebagai batu loncatan kepada politik yang lebih bersih dan meletakkan rakyat sebagai matlamat kepentingan utama mengatasi kepentingan peribadi semata-mata," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pas memenangi kerusi DUN Bandar menerusi Ahmad Shah Muhamed dengan majoriti 2,091 undi.
Ahmad Shah yang mendapat 7,133 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Toh Seng Cheng (5,042 undi) dan Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meraih 3,996 undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 25 2023
![PRN: MUDA mahu menongkah arus gelombang hijau di Terengganu PRN: MUDA mahu menongkah arus gelombang hijau di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690326873_PRN.jpg)
Luqman (kiri) ketika bertemu masyarakat di Kampung Cina di DUN Bandar, Kuala Terengganu. - Foto Sinar Harian
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81437747981_Cancer.jpg)
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
![Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666502546_officebuilding.jpg)
Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.
![MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664694223_SawahPadi.jpg)
MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.
![Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614664217_TharmaPillai.jpg)
Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
![Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648464809_TBFARED.jpg)
Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.
![PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644818908_JohorMemilih.jpg)
PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.
![Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639755666_MohamadSabu.jpg)
Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.
![MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631253903_SyedSaddiq.jpg)
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
![Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631848287_TBRambutSihat.jpg)
Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.
![Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628152598_TBSADDIQFAHYSAL.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.