ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengaktifkan Pelan Persediaan Banjir Kawasan Muda bagi menghadapi fenomena La Nina yang dijangkakan berlaku hujung tahun ini.
Pengerusinya Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata pihaknya akan menguruskan lebihan air hujan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang telah ditetapkan demi kepentingan awam serta penanaman padi di kawasan itu.
"Ramalan menunjukkan pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis akan menerima taburan hujan antara 200 hingga 300 milimeter (mm) dan Kedah, antara 290 hingga 440mm.
"Berdasarkan maklumat itu, kawasan Muda berkemungkinan menerima turunan hujan lebat di kawasan tadahan empangan, tadahan sungai dan kawasan sawah yang akan menyebabkan penambahan takungan air di empangan, peningkatan aliran sungai dan kenaikan kedalaman air di kawasan sawah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata MADA bersedia memastikan kesempurnaan fungsi infrastruktur pengairan dan saliran serta memastikan alat kelengkapan berserta aset berkaitan seperti bot, pam dan peralatan lain serta jentera berada dalam keadaan baik.
"MADA sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa dan berada dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku banjir sepertimana ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Beliau berkata operasi saliran air banjir adalah melalui infrastruktur utama yang melibatkan Sistem Arau, Sistem Lanabulu, Sistem Alor Changileh, Pelubang Barrage serta Tandop Pasang Surut Ampang Jajar," katanya.
Menurut beliau, perancangan dan persediaan yang diambil itu, diharapkan dapat meminimumkan kerosakan harta awam dan padi serta mengurangkan kesulitan kepada peladang sekiranya banjir berlaku di Kawasan Muda.
"Sehingga hari ini, kedudukan paras takungan air di Empangan MADA berada dalam keadaan mencukupi iaitu Empangan Pedu berada pada kadar 859,625 juta meter padu (98.27 peratus), Empangan Muda pada kadar 123,950 juta meter padu (99.16 peratus) dan Empangan Ahning pada kadar 186,979 juta meter padu (83.85 peratus.
"Peladang di kawasan MADA digalakkan untuk menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berhampiran sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan. MADA sentiasa bersedia membantu bagi menjayakan aktiviti penanaman padi di Kawasan Muda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

Kawasan Muda berkemungkinan menerima turunan hujan lebat di kawasan tadahan empangan, tadahan sungai dan kawasan sawah. - Gambar hiasan

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.