MELAKA: Teka teki lambang yang digunakan Pas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya terjawab, dengan parti itu memutuskan untuk bertanding atas tiket dan logo Perikatan Nasional (PN).
Keputusan itu juga menyaksikan buat kali kedua Pas yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dan didaftarkan sebagai parti politik pada 31 Mei 1955, bertanding dalam proses demokrasi negara tanpa menggunakan lambang sendiri, meskipun telah menyertai pelbagai gabungan politik antaranya Pakatan Rakyat, Barisan Alternatif dan Angkatan Perpaduan Ummah, dalam pilihan raya sebelum ini.
Kali pertama Pas tidak menggunakan lambangnya adalah pada Pilihan Raya Umum keempat (PRU4) pada 1974 dan bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN), sebelum parti Islam itu meninggalkan BN pada 1977 dan bertanding sebagai pembangkang pada Pilihan Raya Umum 5 yang diadakan pada 1978.
Pertembungan tiga penjuru membabitkan BN, PN dan Pakatan Harapan (PH), bukanlah perkara yang mengejutkan bahkan sudah dijangka ramai pihak sejak awal lagi, susulan kegagalan mencapai kata sepakat antara BN dan PN.
Namun di sebalik pertembungan itu, apa yang menarik diperhatikan adalah penentuan di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu, yang dijangka sengit oleh pemerhati politik.
UMNO pada PRN Melaka ini yakin mampu mempertahankan 13 kerusi DUN yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, dan menyasarkan dua lagi kerusi tambahan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, namun dalam landskap politik semasa adalah sukar untuk menyaksikan sebuah parti itu menjadi parti dominan.
Majoriti mudah bagi membentuk kerajaan adalah 15 kerusi dan BN pada PRU14 menang di kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.
Malah terdapat juga cakap-cakap politik kononnya Pas akan bertanding di enam kerusi, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapan kerusi dan keadaan ini mungkin telah membawa kepada kegagalan mencari titik temu, membabitkan BN dan PN.
Meskipun ada pihak meramalkan bahawa bahawa kerjasama Pas dengan Bersatu akan menyebabkan kedua-dua parti itu kecundang, namun tindakan Pas untuk menggunakan lambang PN, seolah-olah memberi isyarat bahawa terdapat formula kebolehmenangan ditemui.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berkata keputusan Pas itu mungkin didorong dengan kelebihan bertanding lebih banyak kerusi, berbanding pakatan bersama UMNO.
"Walaupun matlamat kemenangan adalah agenda utama, namun menyedari pengaruh mereka kurang berbanding UMNO dan PH, saya lebih melihat ia sebagai satu cara untuk menguji kekuatan, dan satu peluang pemasaran politik yang sukar untuk dilepaskan oleh Pas.
"Melihat kepada trend semasa, pertembungan tiga penjuru itu tidak dapat dielakkan namun meskipun PH dilihat berpeluang pada PRN kali ini, harus diingat bahawa pakatan itu juga mempunyai masalah dari segi menetapkan siapa bakal ketua menteri dan pada masa yang sama, isu penerimaan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang melompat keluar," katanya kepada Bernama pada Selasa.
Dengan keputusan Pas itu, Che Hamdan berkata Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori Pas dan UMNO yang sebelum ini menyaksikan pelbagai kejayaan ditempa dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil semakin goyah, namun keadaan itu boleh berubah bergantung kepada keputusan PRN berkenaan.
"Pas dan UMNO mungkin akan menguatkan MN apabila mereka menyedari bahawa untuk pilihan raya umum akan datang, mereka tiada pilihan lain (untuk menang)," katanya.
Pada PRU14, Pas yang bertanding di 24 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN di Melaka dengan 10 calon hilang deposit, kalah di semua kerusi yang ditandingi berbanding PRU13, bertanding di 13 kerusi dan menang satu iaitu di DUN Bukit Baru.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain menyifatkan keputusan Pas itu sebagai kejutan memandangkan parti itu sangat sensitif dan tidak berkompromi soal identiti parti sebelum ini.
"Saya melihat ia langkah berani Pas untuk mengetepikan logo parti kerana selama ini Pas sangat pertahankan lambang yang menjadi identiti parti dan keputusan itu sudah pastinya telah mengambil kira pandangan akar umbi parti.
"Mungkin ini satu perjudian Pas untuk berhadapan dengan PRN Melaka dan sekiranya Pas tidak mendapat keuntungan atau kalah, mungkin Pas akan mengkajinya semula," katanya dan tidak menolak kemungkinan bahawa keputusan itu akan membawa kepada undi protes dalam kalangan penyokongnya seperti mana yang berlaku ketika kerjasama parti itu dengan DAP dan PKR sebelum ini.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin memaklumkan, Pas akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka, selepas perkara itu diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
![PRN Melaka: Pas tampil kali kedua tanpa logo sendiri PRN Melaka: Pas tampil kali kedua tanpa logo sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635872530_penyokongPAS.jpg)
Pas akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka kali ini. - Gambar fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686546015_TBRaufYusoh.jpg)
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
![Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666524910_banjir.jpg)
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
![Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654667848_SyuhahadaAbdKadir.jpg)
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
![PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649688483_MenteriBesarSelang.jpg)
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
![Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651999595_TBSULAIMANMDALI.jpg)
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
![UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633523785_norhizam.jpg)
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
![ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637480106_SungaiUdangDrMohd.jpg)
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
![Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636902519_TBPRNMELAKA.jpg)
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
![PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647065547_TBPRNJOHOR.jpg)
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
![Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645009146_TBSULAIMANMDALI.jpg)
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.