MERSING : Keputusan untuk melompat parti daripada Barisan Nasional (BN) ke Bersatu disifatkan sebagai satu langkah untuk memperjuangkan rakyat di Mersing kata calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib.
Alwiyah yang juga calon untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau berkata, tindakan pada ketika itu juga diambil disebabkan usaha untuk mestabilkan politik di negeri Johor.
“Mungkin segelintir orang politik anggap ini merupakan satu pengkhianatan kepada BN, tapi saya ingin jelaskan kalau saya kekal dengan parti asal maka saya akan jadi wakil pembangkang.
“Walaupun menang pertama kali, kerajaan telah betukar kepada parti pembangkang dan saya rasa perlu ada dalam kerajaan sebelum berhijrah,” katanya ketika ditemui di Pusat Daerah Pengundi (PDM) Tenglu pada Ahad malam.
Mengulas mengenai dakwaan Mersing yang dikatakan popular dengan budaya melompat, Alwiyah menegaskan beliau merupakan individu pertama yang melakukan tindakan itu.
Jelas Alwiyah, apa yang menjadi keutamaan ketika itu adalah kebajikan rakyat di kawasannya.
“Bila kali pertama menang dan jadi wakil rakyat berstatus pembangkang maka saya berpendirian wajar untuk bersama dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya lagi.
Mengulas lanjut, penerimaan rakyat di kawasannya merupakan kekuatan bagi Alwiyah untuk terus menaburkan khidmatnya.
Alwiyah yang bakal bersaing dengan tiga lagi calon turut menyatakan hasrat untuk menyelesaikan beberapa isu lain yang masih tergendala melibatkan sosioekonomi nelayan dan petani ekoran pembubaran DUN.
BACA: PRN Johor: Pertembungan lima penjuru di DUN Endau
Alwiyah bakal menerima tentangan daripada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Youzaimi Md Yusof, (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud, (Pejuang) Noorhisyam Ibrahim, dan calon Bebas, Ismail Don.
Hilmi Malik
Sun Feb 27 2022
ALWIYAHl Bila jadi wakil rakyat pembangkang maka saya berpendirian wajar untuk saya bersama kerajaan PH ketika itu. - Astro AWANI
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan
Alwiyah yang mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.
PRN Johor: Alwiyah selesai tunai tanggungjawab
Beliau tiba sekitar jam 8.15 pagi diringi suami dan anak-anaknya.
PRN Johor: 'Saya nak selesaikan urusan yang tergendala' - Alwiyah
Terdapat beberapa perkara yang telah dirancang sebelum ini namun ia terhenti akibat daripada pembubaran DUN Johor.
PRN Johor: Calon PN popular, Endau bukan lagi kubu kuat BN Muhyiddin
Calon PN Alwiyah Talib sememangnya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sepanjang perkhidmatannya di kerusi berkenaan.
PRN Johor: Ketua Wanita UMNO sebak kenangkan perbuatan Alwiyah
Normidiah Sukimin sifatkan Alwiyah Talib mengkhianati parti setelah jentera Barisan Nasional banyak membantu kerjaya politiknya selama ini.
PRN Johor: 'Saya lompat demi pengundi Endau' - Alwiyah
Tindakan pada ketika itu juga diambil disebabkan usaha untuk mestabilkan politik di negeri Johor.
PRN Johor: Tidak tepati SOP, ceramah Alwiyah tak dapat diteruskan
Aktiviti berkempen bagi calon DUN N.32 Endau, Alwiyah Talib dari Perikatan Nasional (PN) tidak dapat diteruskan setelah didapati tidak menepati sop.
Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan
Pengusaha keropok lekor, Abdul Halim Othman, mengakui pendapatannya merosot hampir 80 peratus kerana tiada lagi pengunjung akibat bencana banjir ketika ini.
Tengkujuh punca longokan sampah di Pantai Mersing - Penduduk
Menyifatkan ia sering berlaku sewaktu musim tengkujuh, para penduduk turut akui ia sedikit sebanyak menjejaskan pandangan.