KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad iaitu Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan anaknya, Mohd Najib dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Isteri dan anak bekas Ahli Parlimen Jempol merangkap bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu akan bertanding pada PRN Negeri Sembilan.
Bibi Sharliza yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan dipertaruhkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.
Mohd Najib yang juga Timbalan Ketua UMNO Port Dickson pula akan bersaing di kerusi DUN Bagan Pinang.
BN terdahulu mengumumkan akan bertanding di 107 kerusi DUN daripada 245 kawasan pada enam PRN Ogos depan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 63 peratus calon dikemukakan merupakan calon muka baharu dengan 18 peratus adalah penyandang sedia ada dan dicalonkan semula.
Katanya, sebanyak 20 peratus calon pula adalah mereka yang pernah bertanding tetapi menawarkan diri untuk memastikan adanya kesinambungan muka baharu dan lama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 22 2023

Bibi Sharliza dan Mohd Najib. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang
Bibi Sharliza dipertaruhkan bagi kerusi DUN Juasseh manakala Mohd Najib di kerusi DUN Bagan Pinang.