KUALA PILAH: Dua calon yang diumumkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh sudah tiba di Pusat Penamaan Calon bagi kawasan tersebut.
Calon BN, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid paling awal tiba, hadir ke Dewan Hadhari, Pekan Juasseh di sini, kira-kira jam 8.50 pagi.
Turut mengiringi beliau, Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said bersama penyokong BN.
Calon PN pula, Datuk Eddin Shazlee Shith tiba pada jam 9.15 pagi bersama penyokong yang turut sama hadir.
Kedua-dua calon dilihat selesai menghantar borang pencalonan pada jam 9.35 pagi.
Pengurus Pilihan Raya DUN Juasseh, Ir Shirin Idora Mahmud akan mengumumkan senarai calon sebaik tempoh pendaftaran tamat pada jam 10 pagi nanti.
Setakat ini, masih belum kelihatan calon Bebas mendaftarkan diri sebagai calon.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, DUN Juasseh dimenangi oleh Datuk Ismail Lassim dengan majoriti 694 undi.
Beliau memperoleh 4,146 undi, menewaskan Rosli Omar dari PKR yang mendapat 3,454 undi.
Manakala calon Pas, Hassan Mohamed pula hilang wang deposit apabila hanya meraih 624 undi.
Ridauddin Daud
Sat Jul 29 2023

Bibi Sharliza (tengah) tiba di Dewan Hadhari, Pekan Juasseh, Kuala Pilah, kira-kira jam 8.50 pagi. - Foto Astro AWANI

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

PRN: Kepala babi diletak depan bilik gerakan PN DUN Juasseh
Jentera pilihan raya PN DUN Juasseh dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di atas bendera parti gabungan itu di hadapan bilik gerakannya.

PRN: "Ayah... ayah nak pergi mana?"
Gelagat anak-anak calon PN, Datuk Eddin Shazlee Shith menarik perhatian penyokong dan pengamal media.

PRN: Satu lawan satu di DUN Juasseh
BN pertaruh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, manakala PN diwakili oleh Datuk Eddin Shazlee Shith.

PRN: Calon BN, PN tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Juasseh
Calon BN, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid paling awal tiba, hadir ke Dewan Hadhari, Pekan Juasseh kira-kira jam 8.50 pagi.