KUALA PILAH: Jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di sini dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di atas bendera parti gabungan itu di hadapan bilik gerakannya pada pagi Rabu.
Calon PN DUN Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, beliau mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi, disertai dengan gambar.
Menurutnya, selain bilik gerakan di sini, beliau difahamkan terdapat kejadian sama berlaku membabitkan sebuah kediaman salah seorang pegawainya di daerah ini.
"Dalam politik macam itulah kan, kita sudah menjangkakan lebih teruk daripada itu pun mungkin berlaku. Tetapi tidak mengapalah kita kekal tenang, saya ingat ini mungkin tindakan-tindakan untuk mengalihkan tumpuan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang tinggal berbaki dua tiga hari sahaja.
"Ia juga mungkin tindakan orang terdesak dan kita anggap ini sebahagian daripada cabaran. Kita tak boleh tuduh sesiapa sebab kita nak jaga sensitiviti banyak pihak," katanya ketika ditemui pemberita di bilik gerakan berkenaan di sini pada Rabu.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang.
Dalam pada itu, Eddin yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Pilah turut mengingatkan supaya jentera partinya kekal positif.
"Dalam ceramah saya malam tadi, saya nasihatkan jentera parti kalau kita nampak bendera pihak lawan itu tumbang kita sama-sama naikkan. Kita mahu satu budaya politik yang sihat dan positif.
"Sebab peredaran zaman dan pendekatan politik itu lebih matang, tetapi kalau ada sesetengah orang yang masih nak gunakan cara begini, itu sangat memalukan agama,bangsa dan juga masa depan anak-anak kita yang melihat perkara negatif dan tak sihat macam ini," katanya.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pengarah pilihan raya PN DUN Juasseh.
Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani ketika dihubungi mengesahkan laporan dan ia masih dalam siasatan polis.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 09 2023

Kepala babi ditemui di hadapan bilik gerakan PN DUN Juasseh. - Foto Sinar Harian
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Lapan bulan tidak cukup perjelas kerjasama PH-BN - Adun Lenggeng
Tempoh lapan bulan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak mencukupi untuk menjelaskan kerjasama yang terjalin antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Calon MB Negeri Sembilan, Aminuddin atau Jalaluddin?
Teka-teki calon Menteri Besar Negeri Sembilan sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) hanya akan terjawab pada Isnin.

PRN: Tewas lima kerusi, amaran daripada rakyat - Aminuddin
Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kegagalan mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN semalam sebagai amaran daripada rakyat.

'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.

PRN: Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.

PRN: Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
![[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah [RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691853472_TBCALONDAP.jpg)
[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalahkan sahabat baiknya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif sekali gus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.

PRN: Warga emas meninggal dunia selepas rebah di pusat mengundi
Slug : Ajal selepas celuBelum sempat mengundi, seorang wanita warga emas rebah sebelum meninggal dunia ketika hadir untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Rokan, di sini pagi tadi.p jari

PRN: Eddin Shazlee, Danni, Rafiei antara calon MB daripada PN di Negeri Sembilan?
PN Negeri Sembilan menegaskan parti itu mempunyai calon Menteri Besar berkaliber untuk memimpin negeri tersebut.

PRN: Mungkin ada kejutan namun sukar buat PN tawan Negeri Sembilan - Penganalisis
Menggunakan analogi kereta, kalau sebelum ini kempen bergerak pada gear satu, di minggu terakhir ini lazimnya sudah di gear lima, pecutan pun makin laju.