JELI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Perpaduan sangat komited untuk merealisasikan segala tawaran yang terdapat dalam manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini di Kelantan.
Beliau berkata hal ini kerana segala usaha yang dilakukan itu adalah demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri itu seperti menghapuskan tunggakan bil air serta memberi potongan sebanyak 50 peratus premium tanah dan caj pecah sempadan.
"Ini adalah aku janji bukan sekadar manifesto. Peluang ini hanya datang sekali dan rakyat Kelantan harus berlapang dada, lupakan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan PAS selama 33 tahun ini.
"Kita buka buku baharu tutup buku lama, cuba kami (BN-PH) sekali dan saya akan memantau prestasi kerajaan baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Desa Cerdas KEMAS di Plaza IMT-GT Bukit Bunga di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berharap semua tawaran ini dapat membuka minda pengundi di Kelantan kerana ia turut memberi peluang terbaik kepada mereka.
Sebelum ini, Pengerusi Parti Kerajaan Perpaduan MADANI negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata BN dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan menggariskan empat teras utama dengan 34 tawaran yang akan dinikmati oleh pelbagai golongan masyarakat di Kelantan secara menyeluruh dan inklusif sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRN 12 Ogos ini.
Beliau berkata manifesto PRN yang ditawarkan bukanlah janji kosong tetapi gabungan itu berazam merealisasikannya demi keharmonian rakyat Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Desa Cerdas KEMAS di Plaza IMT-GT Bukit Bunga hari ini. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tanpa DAP, PH-BN mungkin hilang lebih banyak kerusi di Pulau Pinang - Ramasamy
Pencapaian Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) telah menghantar isyarat tidak menyenangkan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN).
![[TIDAK RASMI] PRN: PH-BN tubuh kerajaan negeri di Negeri Sembilan [TIDAK RASMI] PRN: PH-BN tubuh kerajaan negeri di Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691848471_PRNPilihanRayaNe.jpg)
[TIDAK RASMI] PRN: PH-BN tubuh kerajaan negeri di Negeri Sembilan
Keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan.

PRN: Ramalan berdasarkan kajian Emir Research, keputusan PRN nanti 3-3
Firma penyelidikan Emir Researh dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan PN - BN serta blok pembangkang Perikatan Nasional, masing-masing menawan 3 negeri dalam PRN.

PRN: PH-BN boleh menang lima negeri - Ahmad Maslan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi lima daripada enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

PRN: Amirudin yakin PH-BN mampu menang majoriti dua pertiga di Selangor
Amirudin berkata gabungan itu mampu menang 38 hingga 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan DUN yang dipertandingkan, dengan BN dilihat mampu memperoleh lebih daripada enam kerusi.

PRN: PH-BN optimis tawan 19 kerusi DUN Kedah - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.

PRN: BN-PH komited realisasikan manifesto di Kelantan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berharap semua tawaran ini dapat membuka minda pengundi di Kelantan kerana ia turut memberi peluang terbaik kepada mereka.

PRN: Kempen calon 'bulan' dan PH-BN kian rancak di Terengganu
Biarpun gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) baru sahaja dipalu dan gelanggang pertarungan dibuka pagi ini namun bahang pilihan raya di Terengganu telah mula dirasai lebih dua minggu yang lalu.

PRN: Status quo dijangka kekal di enam negeri - Penganalisis politik
Penganalisis politik Prof Dr. P. Sivamurugan berkata Perikatan Nasional (PN) pula akan terus mentadbir di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PRN: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai, hanya 9 kerusi belum dimuktamad - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telahpun selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH.