KUALA TERENGGANU: Proses agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) di enam negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi sudah selesai 97 peratus.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan untuk beberapa kerusi yang masih berbaki akan dilakukan dalam keputusan akhir yang akan diputuskan dalam tempoh terdekat.
"Selepas perbincangan akhir pada 5 Jun lalu, kita telah selesai (agihan) 97 peratus kerusi daripada 245 kerusi. Ada lima, enam kerusi belum selesai. Pilihan raya pun belum lagi, ada masa lagi.
"Baki agihan tiga peratus tu saya jangka siap sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program ESG Affairs 2023 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Terengganu Inc dan TNB Genco bagi projek Kajian pembangunan solar atas air terbesar Asia, di sini pada Isnin.
Sementara itu, ditanya tarikh bagi pembubaran DUN Terengganu, beliau yang juga Menteri Besar berkata, perkara itu perlu mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
"DUN Terengganu akan bubar apabila saya sembah maklum kepada Tuanku dan dapat perkenan baginda.
"Sudah ada gambaran tapi kena ikut prosesnya. Izinkan saya sembah maklum kepada Tuanku (terlebih dahulu). Namun hari terakhir DUN akan automatik terbubar pada 30 Jun ini," ujarnya.
Mengulas mengenai proses agihan kerusi di Terengganu, Ahmad Samsuri memberitahu 99 peratus sudah selesai.
"Di Terengganu, agihan kerusi telah 99 peratus selesai. Satu kerusi je belum yang pastinya bukan kerusi DUN Rhu Rendang," ujar beliau.
Dalam pada itu, katanya, proses pemilihan calon bagi PRN di enam negeri terlibat akan dibincangkan bermula malam Selasa.
Enam negeri iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan mengadakan PRN serentak walaupun tarikh pembubaran DUN di negeri terbabit berbeza.
PRN dijangka berlangsung pada Ogos depan selepas negeri berkenaan memutuskan untuk menangguhkan pembubaran DUN negeri masing-masing dalam PRU15 yang berlangsung pada November tahun lalu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 12 2023
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bercakap pada sidang media selepas menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Inc dan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) hari ini. - Foto Bernama
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Kerajaan Terengganu sentiasa jalin hubungan baik dengan Persekutuan - MB
Kerajaan Terengganu sentiasa menjalin hubungan dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan serta menerima reaksi positif daripada kementerian termasuk pelbagai dana menerusi program berkaitan.