KUALA LUMPUR: Penyokong-penyokong kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 'Bossku' mendakwa tidak akan mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mendakwa, tindakan tersebut dibuat kerana keadilan terhadap Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan sehingga kini masih tidak ditegakkan, selain didakwa dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO.
"Pendirian DSN (Najib) pertama ialah UMNO nombor satu. Kedua, beliau pada awalnya menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika keadilan ini tidak dapat ditegakkan, maka kami puluhan ribu (anggaran satu negeri) yang menyokong Najib, saya beritahu kita akan 'move'.
"Maksudnya bukan keluar daripada parti (UMNO) tetapi saya (dan para penyokong) akan menyokong Perikatan Nasional (PN) supaya satu isyarat diberikan kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) agar jangan lagi 'play safe' atau menangis untuk menunjukkan wajah hebat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu berkata dianggarkan seramai 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri, pada 12 Ogos depan.
Syed Muhammad Imran menambah, jika keadaan itu berlaku, ia akan memberi kesan kepada kemenangan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya tersebut.
"Jadi kita buat satu langkah drastik dan mohon semua penyokong Najib menyokong PN supaya satu isyarat kepada UMNO bahawa kalau pandang enteng kepada Najib, kemenangan PRN ini akan diberikan kepada PN.
"Tetapi Kalau you (UMNO) buat keadilan untuk Najib sebelum PRN, mungkin keadaan itu akan berubah.
"... dan jika UMNO kalah pada PRN ini, Presiden UMNO (Ahmad Zahid) perlu letak jawatan. Ini bukan untuk meruntuhkan Kerajaan Perpaduan tetapi sebagai isyarat, jika Najib tidak dapat keadilan... ini yang akan berlaku (kekalahan)," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau berkata para penyokong Najib turut enggan menyahut seruan Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi BN agar kumpulan itu memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pada PRN ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam surat bertarikh 20 Februari 2023 yang dihantar kepada Ketua Hakim Negara memaklumkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim 2009 ketika mengetuai kes SRC International Sdn Bhd melibatkan Najib.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, seperti dilapor media pada 6 April lalu.
Sebelum ini, anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin berkata semakin ramai penyokong bapanya kecewa dengan UMNO selepas melihat tidak ada sebarang keadilan buat Najib.
Jika keadaan itu berterusan, Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu menjangkakan penyokong-penyokong bapanya mungkin tidak keluar mengundi pada PRN.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 12 2023

Syed Muhammad Imran mendakwa, dia sendiri telah menyampaikan perkara tersebut kepada Najib ketika bertemu dengan beliau di Mahkamah Persekutuan, baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PRN: 300,000 penyokong 'Bossku' tidak akan undi BN - Syed Muhammad Imran
Dianggarkan seramai 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri, pada 12 Ogos depan.

Ashman, anak bongsu Najib dan Rosmah bertunang
Ashman bertunang dengan gadis pilihan hati iaitu Nikola Mulyadi.

Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.

"Nothing to hide" - Tun M jawab isu pajakan tanah di Langkawi
-Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari kerajaan Persekutuan atau negeri."

Langgar SOP: "YB Pekan sentiasa dalam perhatian saya" - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sentiasa memantau prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tun M perli Ahli Parlimen berdepan kes mahkamah berucap panjang di Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kumpulan itu lebih mementingkan ucapan di Dewan Rakyat, berbanding menghadiri penghakiman di mahkamah.

Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
Berikut adalah antara berita yang menjadi perhatian sepanjang bulan Julai.

Isu Felda: Lebih banyak nama muncul dalam siasatan - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan lebih banyak laporan polis akan dibuat terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa FELDA.

Zeti berhak ambil tindakan guaman terhadap Najib
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhak ambil tindakan guaman terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya mengenai dana RM2.6 bilion.

Penamaan calon ditutup, BN peroleh kemenangan pertama
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.