Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhak mengambil tindakan guaman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya mengenai dana RM2.6 bilion.
Tegas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kementerian itu menaruh sepenuh keyakinan ke atas integriti dan kredibiliti Zeti.
"Saya yakin ke atas Zeti. Beliau tahu apa yang perlu dilakukan dan biar dia mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Najib dalam satu temu bual bersama portal berita tempatan mendakwa Zeti, ketika menjadi gabenor BNM, mengetahui mengenai RM2.6 bilion dalam akaunnya (Najib) sebelum Pilihan Raya Umum 2013, namun tidak mempersoalkan perkara itu.
Dalam temu bual itu, Najib sekali lagi menyatakan wang berjumlah RM2.6 bilion itu merupakan derma daripada anggota keluarga Diraja Arab Saudi.
Sementara itu, Zeti yang ditemui pemberita selepas mesyuarat ahli Majlis Penasihat Kerajaan di sini, hari ini enggan mengulas ketika ditanya mengenai akaun bank RM2.6 bilion itu.
"Saya tidak mahu mengulas mengenainya sekarang kerana ia merupakan satu kes... saya tidak boleh beri komen mengenainya sekarang. Namun, pada satu tahap, anda akan dapat komen itu," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 03 2018

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan ulas dakwaan Datuk Seri Najib berhubung akaun bank RM2.6 bilion selepas menyifatkan ia satu kes ketika ini. - Foto BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PRN: 300,000 penyokong 'Bossku' tidak akan undi BN - Syed Muhammad Imran
Dianggarkan seramai 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri, pada 12 Ogos depan.

Ashman, anak bongsu Najib dan Rosmah bertunang
Ashman bertunang dengan gadis pilihan hati iaitu Nikola Mulyadi.

Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.

"Nothing to hide" - Tun M jawab isu pajakan tanah di Langkawi
-Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari kerajaan Persekutuan atau negeri."

Langgar SOP: "YB Pekan sentiasa dalam perhatian saya" - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sentiasa memantau prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tun M perli Ahli Parlimen berdepan kes mahkamah berucap panjang di Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kumpulan itu lebih mementingkan ucapan di Dewan Rakyat, berbanding menghadiri penghakiman di mahkamah.

Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
Berikut adalah antara berita yang menjadi perhatian sepanjang bulan Julai.

Isu Felda: Lebih banyak nama muncul dalam siasatan - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan lebih banyak laporan polis akan dibuat terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa FELDA.

Zeti berhak ambil tindakan guaman terhadap Najib
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhak ambil tindakan guaman terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya mengenai dana RM2.6 bilion.

Penamaan calon ditutup, BN peroleh kemenangan pertama
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.