Parti politik perlu lebih berani mengetengahkan orang muda sebagai calon dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata parti politik perlu melangkaui nilai politik kepartian lama dalam menentukan pemilihan calon.
Beliau berkata sepatutnya calon yang dipilih parti politik mesti menjiwai strata latar kedudukan tempatan agar serasi dengan minda pengundi, bergantung kepada komposisi pengundi di suatu kawasan.
"Selama ini terlalu taasub dengan politik kepartian lama, tradisional sehingga lupa wujudnya generasi baharu yang perlu mengambil alih teraju kepimpinan negara dan parti.
"Calon muda harus ditampilkan dengan lebih ramai lagi tetapi melihat kepada amalan lama dan konvensional, stratifikasi dalam parti menentukan pemilihan calon, kekuatan bergantung kepada sejauh mana wujudnya pengaruh dalam parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'PRK DUN Slim: Kemestian Atau Kemungkinan' yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Senada dengan beliau, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed berpendapat parti politik perlu mencari jalan menambat hati pengundi muda yang merangkumi 40 peratus daripada keseluruhan pengundi bagi PRK Slim.
Beliau berkata pada ketika ini, rakyat khususnya pengundi muda mempunyai harapan besar kepada kerajaan selain turut mengharapkan pembangkang yang kuat.
"Rakyat mengharapkan pemimpin untuk memberikan yang lebih baik. Apabila berlaku penanda aras yang lebih baik, pada ketika itu (parti) yang hendak menawarkan perlu ada (penyelesaian) yang lebih baik lagi, contohnya isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dekat dengan pengundi muda," katanya.
Anuar Shah berkata keputusan siri ke-12 PRK yang diadakan pasca PRU-14 ini tidak akan memberikan kesan kepada kerajaan negeri namun ia bakal dilihat sebagai pengukur prestasi sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, Sivamurugan berpendapat PRK ini merupakan medan uji kaji untuk menilai kekuatan gabungan parti politik dalam situasi negara dilanda kemelut politik semasa serta melihat trend gelagat pengundi selepas rentetan peristiwa yang mendominasi politik tanah air.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan PRK ini tidak boleh dilihat sebagai indikator untuk menentukan bentuk pola pengundian dalam PRU-15.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020

Sivamurugan berpendapat PRK ini merupakan medan uji kaji untuk menilai kekuatan gabungan parti politik dalam situasi negara dilanda kemelut politik semasa. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Sistem tanpa tunai boleh perbaiki Indeks Persepsi Rasuah negara
Menerusi sistem tanpa tunai, setiap transaksi dapat direkodkan sementara kebanyakan pihak memberi atau menerima suapan secara tunai.

Krisis politik Perak: Masih ada ruang kompromi antara PN dan UMNO - Penganalisis
Dr Mazlan Ali berkata, situasi yang berlaku hanya bertujuan menukar Menteri Besar sahaja, bukan gabungan kerajaannya.

PRK Slim: Parti politik perlu lebih berani ketengah calon muda
Parti politik perlu melangkaui nilai politik kepartian lama dalam menentukan pemilihan calon.